Tuisyen Di Rumah: Adakah Ia Bantu Anak Anda Dapat Skor A?

Tuisyen Di Rumah: Adakah Ia Bantu Anak Anda Dapat Skor A?

Setiap tahun, ibu bapa pasti menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk UPSR, PT3 dan SPM.

Ada juga yang memilih tuisyen di rumah sebagai alternatif kepada kelas-kelas tuisyen yang berlambak di pasaran.

Adakah ianya bermanfaat?

Artikel ini membincang dengan lanjut tentang kelebihan tuisyen di rumah.

tuisyen

Apa Itu Tuisyen?

Tuisyen pada hari ini adalah keperluan para pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan selepas pembelajaran di sekolah.

Tuisyen bermaksud kelas bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar dalam subjek tertentu.

Kebanyakan kelas-kelas bimbingan ini diadakan di luar waktu persekolahan, sama ada di waktu petang, malam atau hari minggu.

Bayaran untuk setiap subjek juga mungkin berbeza.

Namun kebiasaannya kadarnya sedikit murah jika diambil secara pakej.

Kenapa Perlu Pergi Pusat Tuisyen Kalau Sekolah Dah Cukup?

Sebenarnya terdapat banyak pendapat diberikan tentang tuisyen.

Ada mengatakan pelajar tidak memerlukan kelas tuisyen kerana ia akan mengganggu masa mereka bersama keluarga.

Ada juga merasakan pembelajaran di sekolah sudah mencukupi.

Namun, bagaimana pula dengan pelajar lemah yang memerlukan pembelajaran tambahan?

Kami senaraikan empat (4) sebab mengapa pelajar memerlukan tuisyen di rumah yang ramai ibu bapa tidak tahu.

1. Membantu Memahami Subjek Yang Sukar

penat tuition

Di kelas tuisyen, pelajar biasanya diberikan perhatian terhadap topik yang menjadi masalah buat mereka.

Guru tuisyen pula akan membantu pelajar menguasai topik yang dirasakan sukar dengan memberikan lebih masa mengajar dan bimbingan.

2. Sistem Pendidikan Yang Semakin Ke Depan

cikgu di sekolah

Perasan tak, ibu bapa sering menyalahkan guru-guru di sekolah apabila keputusan peperiksaan anak-anak tidak memberangsangkan.

Ini kerana gred ‘A’ sering menjadi penanda aras kejayaan pelajar.

Namun ramai ibu bapa tak sedar bahawa silibus pelajaran pada hari ini semakin mencabar dan anak-anak memerlukan bimbingan ekstra.

Apatah lagi bilangan pelajar di dalam satu kelas juga agak ramai.

Ini menyukarkan guru-guru untuk mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.

3. Sokongan Terhadap Anak-anak Kerana Kesibukan Ibu Bapa

tuisyen di rumah

Ramai ibu bapa mengimpikan masa yang terluang untuk duduk bersama anak-anak dan mengajar mereka.

Ada yang memperuntukan masa sehingga dua jam pada sebelah malam untuk menemani anak menyiapkan kerja sekolah dan melakukan ulang kaji.

Tetapi, bagaimana pula dengan ibu bapa yang terlalu sibuk dan bekerja?

Maka kelas tuisyen di rumah sering menjadi pilihan buat ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka.

4. Guru Tuisyen Dedah Tips Jawab Soalan

cemerlang tuisyen di rumah

Ada juga masalah di kalangan pelajar bukanlah kerana tak faham apa yang dipelajari.

Sebaliknya mereka kurang mahir memberikan jawapan peperiksaan untuk mendapatkan markah terbaik.

Guru-guru tuisyen pula kebiasannya merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam sesuatu subjek.

Ada di antara mereka yang menjadi penanda kertas soalan peperiksaan.

Jadi menerusi kelas tuisyen, pelajar mendapat kemahiran bagaimana menjawab soalan peperiksan dengan betul.

Berbaloikah Tuisyen Di Rumah?

Hari ini konsep tuisyen di rumah semakin popular dan menjadi pilihan ramai ibu bapa dalam usaha membantu anak-anak.

Nak tahu apa kelebihan tuisyen di rumah?

1.Lebih Perhatian, Lebih Masa

Kelebihan utama menerusi tuisyen di rumah adalah menggunakan konsep one-to-one.

Tanpa gangguan seperti jumlah pelajar di kelas mencecah 30 orang, guru tuisyen di rumah dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dengan berkesan.

2. Kaedah Pembelajaran Yang Boleh Diubahsuai

Setiap pelajar berbeza dari segi kemahiran dan penerimaan.

Bagi pelajar yang sedikit bermasalah, pastinya memerlukan teknik yang berlainan untuk mrmudahkan mereka memahami sesuatu topik.

3. Boleh Pilih Tenaga Pengajar

Ibu bapa boleh memilih guru tuisyen di rumah untuk anak mereka.

Pilih berdasarkan pengalaman dalam mengajar, kemahiran dan pengetahuan dalam subjek yang diajar.

4. Material Pendidikan Santai, Menarik

Berbanding proses pembelajaran di sekolah menggunakan buku teks, kaedah home tuisyen lebih santai dengan menggunakan bahan dan rujukan menarik.

Jadi, pelajar akan mudah memahami topik yang diajar.

Sememangnya banyak manfaat daripada kaedah pembelajaran secara home tuition.

Sebagai ibu bapa yang mengambil berat kejayaan anak-anak, tuisyen di rumah merupakan pilihan terbaik untuk anda.

Apatah lagi buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting tahunan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tahukah anda, kajian menunjukkan hampir 9 daripada 10 pelajar menunjukkan peningkatan memberensangkan dalam markah peperiksaan mereka.

Di SifuTutor, hanya pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dipilih untuk mengajar anak anda, mengikut tahap kesesuaian mereka dan masa yang fleksibel.

Close Menu
  • WhatsApp

SifuTutor

Contact with Instructor