Tips Belajar Sejarah Dengan Berkesan

Tips Belajar Sejarah

Setiap kali tibanya musim peperiksaan, subjek Sejarah antara subjek yang paling digeruni para pelajar. Jadi, apa tips untuk belajar Sejarah dengan berkesan?

Secara umumnya, subjek ini dilabel sebagai subjek membaca di mana pelajar perlu mempelajari maklumat dan fakta melalui bahan bacaan. Namun, selain membaca, terdapat juga pelbagai kaedah lain yang boleh diamalkan oleh para pelajar untuk menguasai matapelajaran ini. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara-cara belajar Sejarah dengan berkesan.

Mengapa Sejarah Dianggap Susah

Tips Belajar Sejarah

Subjek ini seringkali dianggap musuh bagi kebanyakan pelajar. Ada juga yang memberikan gelaran “ubat tidur” untuk subjek ini kerana dianggap terlalu bosan.

Memang tidak dapat dinafikan, banyak maklumat dan fakta yang anda harus ketahui sebelum menghadapi peperiksaan. Namun, untuk berjaya, persepsi anda terhadap subjek ini harus berubah. Jika anda anggap subjek ini hanya setakat membaca dan menghafal, pemikiran ini harus diubah.

Seringkali, pelajar cuba untuk menghafal buku dan kebanyakan mereka terus hilang minat. Sebenarnya, Sejarah merupakan satu subjek yang sangat menarik untuk dipelajari. Kita boleh belajar mengenai sejarah negara dan dunia.

Dari zaman kesultanan Melayu Melaka sehingga zaman Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Semua ini kita dapat pelajari melalui subjek ini.Oleh itu, untuk belajar, kita harus menjadi kreatif untuk mencari cara-cara belajar dengan berkesan.

Tips Mempelajari Sejarah

Soalan-soalan sejarah kini bukan sahaja fokus kepada menghafal fakta-fakta sahaja, ia juga memfokuskan kepada kemahiran berfikir pelajar. Oleh itu, pelajar kini juga perlu peka dengan isu-isu semasa dalam negara.

Walaubagaimanapun, pelajar masih perlu tahu fakta dan maklumat penting dalam matapelajaran ini. Berikut merupakan cara-cara mempelajari Sejarah.

1. Membaca dan menulis nota sendiri

Tips Belajar Sejarah

Tidak semua orang boleh terus menghafal topik yang dibacanya selepas membacanya sekali sahaja. Sediakan buku nota dan pen semasa anda membuka buku teks atau buku rujukan Sejarah anda. Dengan ini, apabila anda jumpa maklumat atau fakta yang penting, anda boleh menulisnya mengikut pemahaman anda.


Menulis nota penting untuk memastikan maklumat yang anda peroleh kekal dalam memori. Anda tidak perlu hafal setiap perkataan yang terdapat dalam buku rujukan anda itu. Sebaliknya, kenalpasti kata kunci bagi setiap topik yang anda pelajari. 

Melukis peta minda juga satu kaedah yang efektif yang anda boleh lakukan.Apabila anda menulis berdasarkan pemahaman anda, sudah pasti anda akan dapat belajar dengan berkesan.

2. Menonton video 

 

Tips Belajar Sejarah

Terdapat pelajar yang terus hilang minat dan mengantuk selepas melihat buku yang penuh dengan perkataan. Hal ini kerana, subjek membaca bukanlah kekuatan semua orang. Terdapat alternatif lain yang anda boleh gunakan untuk belajar subjek ini iaitu menonton video.

Di laman Youtube, ada pelbagai kandungan video yang disediakan oleh content makers. Apa yang menariknya, kebanyakan mereka banyak menggunakan bahan visual untuk memberi penonton gambaran yang lebih jelas.

Terdapat pelbagai cara yang menarik digunakan oleh pembuat video. Yang pasti, mereka sentiasa cuba untuk memastikan konten mereka menarik. Anda boleh pause video, boleh ulang jika anda tidak faham bahagian tertentu. 

Jadi, jika sebelum ini anda hanya melayari Youtube untuk menonton permainan video atau persembahan artis kegemaran anda, cuba untuk cari video pelajaran ini.

3. Belajar berkumpulan 

Tips Belajar Sejarah

Belajar secara berkumpulan menglibatkan interaksi di antara anda dan rakan-rakan. Ia juga salah satu cara yang menyeronokkan untuk belajar. Banyak perkara yang boleh dicapai jika dilakukan bersama. Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan rakan-rakan yang komited dalam kumpulan.

Dengan belajar Sejarah secara berkumpulan, anda dapat berkongsi dan bertukar pendapat sesama sendiri. Anda akan dapat memahami satu topik tersebut dari sudut yang berbeza. Apabila anda menerangkan sesuatu topik kepada rakan-rakan anda, secara tidak langsung anda dapat belajar juga.

Cara ini mampu menjadikan matapelajaran Sejarah lebih menarik dan seronok untuk dipelajari. Interaksi boleh menjadikan anda lebih kreatif dari segi pemikiran apabila mempelajari subjek ini.

4. Ulangkaji secara konsisten

Anda berkemungkinan tidak akan dapat menguasai satu topik dengan hanya mempelajarinya sekali sahaja. Setiap kali anda membaca sesuatu bab, anda pasti akan jumpa perkara baharu yang anda mungkin terlepas pandang. Ini juga bagus untuk memori anda untuk memahami sesuatu topik.

Membuat latihan juga penting kerana ia boleh menjadi satu bentuk persediaan untuk anda menghadapi peperiksaan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mempelajari Sejarah. Ia memang  sukar, namun tidak mustahil untuk dicapai. Kami berharap artikel tips belajar sejarah dengan berkesan ini akan dapat membantu anda.

Sekarang ini, terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk belajar dengan adanya kemudahan internet. Tetapi jika anda lebih gemar untuk belajar Sejarah secara bersemuka, dapatkan tips berguna melalui tutor Sejarah di SifuTutor. 

Dengan SifuTutor, anda akan dapat nikmati kelebihan-kelebihan seperti:

  • Tutor Pakar yang disaring dan individu yang berpengalaman dan berkelayakan.

  • SifuTutor menganalisa dan merancang pembelajaran mengikut tahap kesesuaian setiap pelajar.

  • Kelas dibuat di rumah dan mengikut masa kesesuaian setiap pelajar dan ibu bapa.

Tak salah mencuba. Lain orang, lain cara belajar Sejarah. Apa yang penting ialah pemahaman anda mengenainya dan anda dapat kuasai kronologi, tarikh, tempat, siapa yang terlibat dan maklumat lain yang berkaitan.