Teknik menulis karangan atau esei harus dikuasai oleh semua murid kerana kertas karangan merupakan penyumbang markah terbesar bagi subjek bahasa. Masalah yang sering dihadapi para pelajar adalah mereka mempunyai idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan idea dengan baik.
Sebagaimana manusia mempunyai bahagian kepala badan dan kaki, begitulah juga dengan karangan yang mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
Fahami Kehendak Soalan Sebelum Menulis Karangan
Merangka Karangan
Setiap karangan mempunyai strukturnya. Ia dimulakan dengan satu perenggan pendahuluan, beberapa perenggan untuk isi penting dan diakhiri dengan satu perenggan penutup.
i) Pendahuluan
Pendahuluan bertujuan untuk memperkenalkan tajuk yang hendak dibincangkan secara umum. Perenggan ini boleh dibina dengan 3 hingga 5 ayat termasuk huraian atau ayat penyokong yang relevan dengan keadaan semasa untuk menarik pembaca ke perenggan yang seterusnya.
II) Isi Penting
Jumlah perenggan isi penting bergantung kepada pelajar. Kebiasaannya sebuah karangan mempunyai 3-5 isi penting. Setiap isi penting mewakili satu perenggan yang dibina dalam 4-5 ayat huraian termasuk ayat penegasan atau rumusan. Salah satu kaedah mudah untuk merangka isi adalah menggunakan kaedah IMBaKUP :
- I = Isi
Satu ayat isi penting yang ringkas, padat dan jelas.
M = Mengapa
Ayat penerangan mengapa dikatakan sebegitu dalam ayat isi.Ba = Bagaimana
Beri satu contoh bagaimana perkara yang ditulis dalam ayat isi boleh dijayakan atau dilakukan. Pastikan contoh yang diberi relevan dengan isi dan bertepatan dengan kehendak soalan.K = Kesan
Kesan daripada contoh tadi yang menyokong isi.U = Ungkapan
Tulis satu peribahasa atau ungkapan yang selari dengan perbincangan isi penting. Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi yang baik kepada pemeriksan kertas bahawa pelajar mempunyai pengetahuan bahasa yang luas.P = Penegasan
Nyatakan satu kesimpulan ringkas tentang idea yang dikemukakan dalam isi yang dihuraikan.
Untuk menunjukkan kesinambungan antara perenggan isi, pelajar digalak untuk menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam menulis karangan.
III) Penutup
Perenggan penutup berfungsi untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan. Penutup karangan yang mantap akan melengkapkan sebuah karangan yang bermakna.
Pelajar boleh membina perenggan ini dengan 3-5 ayat dan tidak seharusnya mengulang kembali isi yang telah ditulis. Antara cara menulis penutup yang mudah adalah seperti membuat ramalan, memberi cadangan dan menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan.
Kesimpulan
Sekiranya pelajar mengikut teknik yang diberikan diatas, karangan akan menjadi panjang dan pemeriksa dapat melihat hala tuju karangan dengan jelas. Semak ejaan, tanda baca dan struktur setelah selesai menulis karangan. Akhir sekali, pastikan tulisan kemas, kertas bersih dan selesa dipandang.
Jika anda dapati bahawa anak anda masih lemah dalam penulisan karangan dan memerlukan bimbingan secara 1-to-1 oleh tutor yang pakar dalam subjek Bahasa Melayu, SifuTutor ada menyediakan khidmat tuisyen peribadi dirumah.