teknik menghafal dan kemahiran mengingat dengan cepat dan mudah

6 Teknik Menghafal apa yang dipelajari Dengan Cepat & Mudah​

Mesti ramai pelajar ada masalah sukar untuk ingat apa yang telah dipelajari. Lebih-lebih lagi bila topik itu panjang. Bila panjang, maka banyak juga lah muka surat kena ingat. Pelbagai teknik menghafal yang boleh digunakan oleh semua lapisan umur.  Dibawah ini kami kongsikan 6 kemahiran mengingat dengan mudah.

1. Pilih Waktu Belajar Yang Sesuai

Ya, waktu kita belajar sebenarnya memainkan peranan serta memberi impak kepada memori dalam otak kita. Antara waktu yang sesuai untuk belajar adalah antara pukul 3-5 pagi & 7-9 pagi. Ketika ini otak masih segar dan mudah menyerap info tetapi haruslah mempunyai tidur yang cukup. Sebagai contoh, waktu ini sesuai untuk belajar subjek yang mempunyai banyak fakta seperti subjek Sejarah. Tetapi ada juga yang suka menghafal pada waktu tengah malam. Jadi, pilih lah waktu yang anda rasakan sesuai dengan diri asalkan mempunyai rehat yang cukup.

cara untuk tidak lupa apa yang dipelajari

2. Ulangkaji secepat mungkin

Kajian mendapati bahawa kita akan lupa lebih daripada 80% apa yang telah dipelajari selepas 48 jam. Oleh itu, cuba lakukan ulangkaji ringkas dengan menekankan kepada beberapa bahagian penting yang ingin kita ingati dan baca bahagian tersebut berulang kali sehingga puas hati.

3. Menggunakan mnemonik

Mnemonik adalah teknik memindah atau mengubah sesuatu maklumat yang sukar atau panjang kepada format yang lebih mudah. Tidak dapat disangkal, teknik ini mampu menarik minat para pelajar untuk menggarap maklumat dalam bentuk yang lebih mudah untuk diingati. Teknik menghafal ini sesuai dan masih lagi digunakan oleh pelajar di semua peringkat – pra sekolah hingga pengajian tinggi. Lihat contoh dibawah.

kemahiran mengingat dengan mudah

 4. Buat nota ringkas

Nota ringkas membantu untuk menguatkan daya mengingat. Pelajar hanya perlu mencatat isi penting dan kata kunci dalam bentuk yang anda sendiri boleh faham. Contohnya penggunaan warna, gambar rajah, atau lukisan untuk menjadikan nota tersebut lebih menyeronokkan untuk dibaca. Jika perlu, tampal nota yang sukar diingati di tempat yang biasa anda lihat.

teknik menghafal dengan cepat

 5. Baca dengan kuat

Membaca dengan kuat disini bukanlah bererti menjerit tetapi cukup lah sekadar diri sendiri sahaja yang mendengar dengan jelas agar tidak mengganggu orang lain. Bacalah dengan tenang, jelas dan tidak terburu-buru. Teknik ini sekali gus membuatkan kita menggunakan dua kemahiran iaitu membaca dan mendengar.

 6. Mengajar Orang Lain

Teknik ini merupakah salah satu cara yang terbaik untk mengasah kemahiran mengingat apa yang dipelajari kerana melalui pengulangan ucapan, ia akan meningkatkan lagi daya ingatan serta pemahaman. Dalam waktu yang sama, rakan kita itu juga boleh saling ingat-mengingati dan menegur jika berlaku kesilapan. Oleh kerana itu, janganlah kita kedekut dalam berkongsi ilmu. Sambil kita mengajar orang lain, manfaat yang baik akan kembali kepada kita.

kemahiran mengingat dengan cara mengajar orang lain

Kesimpulan

Semoga perkongsian 6 teknik menghafal dengan cepat dan mudah ini memberi manfaat kepada pelajar. Namun, harus diingat bahawa pemahaman sesuatu maklumat itu juga penting sebelum proses menghafal. Untuk meningkatkan lagi pemahaman, pelajar boleh mencuba kaedah tuisyen peribadi dirumah atau secara online. Kesimpulannya, jangan berhenti berusaha dan yakinlah dengan diri sendiri. Semoga usaha anda menghasilkan kejayaan.