Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa yang sama, ia juga menimbulkan stres. Kebanyakan pelajar akan mengalami stress dan tekanan perasaan ini boleh mengganggu kesihatan, keceriaan dan gred peperiksaan.

Stres ialah suatu perasaan yang lahir semula jadi dan normal. Ia wujud untuk membantu kita menanangani situasi yang mencabar. Stres yang minimal boleh bertukar menjadi bagus kerana ia mendorong kita berusaha dengan lebih gigih dan ingin buat yang terbaik. Contohnya ketika peperiksaan.

Walau bagaimanapun, stres yang melampau akan timbulkan kesukaran. Apabila tekanan mula memberi kesan negatif pada kehidupan sehari-hari, kita harus mengatasinya dengan segera.

Punca Stres Dalam Kalangan Pelajar

  • Sekolah/Universiti
  • Deadlines
  • Kerja sekolah/kerja kursus
  • Aktiviti kokurikulum
  • Cabaran sosial
  • Perubahan (seperti berpindah, perceraian ibu bapa, kewangan keluarga dan sebagainya, duduk bersendirian)

Tanda-Tanda Anda Mungkin Mengalami Tekanan Stres

  • Mudah rasa marah
  • Resah gelisah
  • Risau sepanjang masa
  • Masalah tidur
  • Sukar untuk menumpukan perhatian dalam kelas
  • Sesak nafas atau berdebar

Setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri dalam mengatasi stres. Jika anda mula alami tanda-tanda seperti diatas, boleh lah cuba tip-tip mudah dibawah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang pelajar.

1. Tidur yang cukup

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang pelajar yang tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti dek kerana jadual yang padat. Malangnya, tidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan mudarat. Pelajar akan menjadi kurang produktif, sukar untuk faham dan ingat apa yang dipelajari.

Jangan abaikan waktu tidur. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan power nap apabila anda benar-benar perlukannya.

2. Bertenang

Ya, bertenang. Dalam keadaan stres, fikiran jadi bercelaru dan tidak menentu. Cara paling pantas untuk bertenang atau rileks adalah melalui latihan pernafasan. Tarik nafas secara perlahan-lahan dan hembus dengan perlahan. Ulang sehingga rasa stres hilang. 

Ia boleh dilakukan dimana-mana dan sangat efektif lebih-lebih lagi untuk mengurangkan rasa gelisah atau ketika menjawab peperiksaan.

3. Mendengar muzik

Ini antara kaedah yang mudah dan terbukti membantu mengurangkan tekanan. Mendengar muzik instrumental, akustik atau klasik semasa ulangkaji mampu merangsang pemikiran kita.

4. Diet Seimbang

Apa yang kita makan menentukan tahap kesihatan kita. Ayat ini sering didengar. Benar, diet yang seimbang dapat menghindarkan diri dari stres. Stres yang melampau akan mengganggu emosi dan mengurangkan tenaga.

Antara makanan yang dapat mengurangkan stres adalah makanan yang kaya dengan bijirin, Vitamin B, B2, C, E, dan Omega-3 seperti badam, ikan, jambu batu, oat, bayam dan macam-macam lagi.

5. Buat aktiviti yang anda suka

Stres boleh diatasi dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Melakukan aktiviti yang menggembirakan boleh menghindarkan kita dari memikirkan sesuatu yang memberi tekanan emosi.

Bagi yang ingin mencuba hobi atau mencari minat baru boleh cuba aktiviti seperti berenang, memancing, memanah, berkuda, hiking dan macam-macam lagi. Aktiviti yang boleh dilakukan di rumah seperti berbual dengan rakan, minum kopi atau menonton video lawak juga turut membantu mengurangkan tekanan.

6. Berkongsi cerita

Berkongsilah dengan keluarga atau kawan yang anda percaya kerana mereka yang paling mengenali diri anda. Kajian juga mendapati bahawa bersosial seminggu sekali mampu mengurangkan kadar stres sama seperti jika mendapatkan terapi dan kaunseling.

Jadi, elakkan bersendirian. Jangan pendam apa yang dirasai kerana ia akan memakan diri dan membuatkan tekanan emosi bertambah teruk.

7. Berfikiran Positif

Elak merisaukan sesuatu benda yang belum terjadi atau benda yang diluar kawalan. Semakin lama kita fikirkan perkara tersebut, semakin kita tertekan.

Sebaliknya, cuba lihat sisi kebaikan daripada situasi yang memberi anda tekanan. Yakin dan percaya pada diri sendiri. Belajar untuk latih minda memikirkan perkara yang baik-baik, maka kejadian yang baik-baik akan menyusuli kita.

8. Pengurusan Masa

Apakah kaitannya dengan stres? Sebenarnya ramai menjadi stres apabila mereka tidak dapat menyiapkan sesuatu tugas kerana kesuntukan masa – boleh jadi kerana banyak melakukan aktiviti lain. Namun, dengan teknik pengurusan masa yang betul, kita akan merasa lebih tenang dan teratur.

Rancang jadual kita. Senaraikan tugasan mengikut prioriti dan masa yang kita sendiri mampu ikut. Jangan lupa untuk memperuntukkan masa untuk diri sendiri seperti berehat atau bersosial.

Kesimpulan

Stres adalah perkara normal dan semua orang mengalaminya. Apa yang membezakan kita dan orang lain adalah punca dan cara kita tangani tekanan ini. Ada pelajar stres kerana peperiksaan sudah dekat, ada yang stres keputusan tidak cemerlang dan ada yang tidak faham apa yang mereka belajar. Mungkin boleh cuba dapatkan tutor peribadi untuk membantu anda dalam pelajaran. 

Seperti yang disebut diatas tadi, lain orang, lain pendekatannya. Kita cuma perlu cuba dan pilih pendekatan mana yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Terbaru

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →

Cara Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan

Siapa yang tak pernah menghadapi masalah apabila melakukan kerja berkumpulan? Boleh dikatakan semua …

Baca Selanjutnya →
apparatus in a lab

Skor A+ Subjek Kimia Dalam SPM Dengan Tips Ini

Subjek Kimia antara subjek yang digeruni pelajar sains tulen kerana dikatakan susah untuk …

Baca Selanjutnya →
cikgu gembira mengajar di kelas online

PdPR – Cara Tarik Minat Pelajar Di Waktu Pandemik Covid-19

Tahun ini merupakan tahun kedua guru menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah …

Baca Selanjutnya →

Tips Persediaan Peperiksaan Yang Ramai Tahu Tapi Malas Buat

Peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sudah pasti mencemaskan para …

Baca Selanjutnya →