SOP Pembukaan Pusat Tuisyen Semasa PKPP

Pada tahun ini, dunia dilanda wabak penyakit Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat negatif kepada kehidupan seharian kita.

Ini termasuk dari segi kerja, aktiviti keagamaan, sukan & rekreasi dan juga dari segi pendidikan. Ini telah memaksa ibu bapa untuk mengambil alih sendiri dan mengajar anak mereka.

Berikutan dengan itu, kami ada berita yang baik untuk anda!

Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia, pusat tuisyen Sifututor kembali dengan Perkhidmatan Tuisyen Di Rumah bagi memastikan pelajar dalam keadaan bersedia. 

SOP Pusat Tuisyen 

Bermula 4 May 2020, SifuTutor sudah menyediakan kembali khidmat tuisyen secara 1-1. 

Tetapi pelajar dan tutor wajib mematuhi langkah-langkah berjaga yang disyorkan oleh Sifututor. 

Ini termasuk:

  1. Penjarakan 1 meter
  2. Kerap mencuci tangan
  3. Pastikan pelajar dan tutor memakai topeng muka
  4. Memaklumkan sekiranya ada gejala Covid-19
  5. Mengelakkan kontak fizikal seperti bersalaman
  6. Sediakan hand sanitizer bagi tutor sebelum dan selepas sesi pengajaran
  7. Pastikan kawasan pengajaran dan pembelajaran bersih.
  8. Pastikan tutor dan pelajar dalam keadaan sihat (boleh dikenalpasti dengan imbasan suhu badan) 

A screenshot of a cell phone Description automatically generated

Langkah-langkah ini sangat penting untuk mengelakkan risiko dijangkiti wabak ini. SifuTutor sangat menitikberatkan agar setiap pelajar dan tutor mematuhi langkah-langkah ini.

Buat masa sekarang, penilaian kaedah baru masih tidak diumumkan. Ini berikutan pengumuman bahawa peperiksaan UPSR dan juga PT3 dibatalkan pada tahun ini.

Oleh itu, ia sangat penting agar pelajar dan juga ibu bapa sentiasa dalam keadaan bersedia.

Walaupun sekolah akan dibuka pada 24 Jun, ia hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Dengan itu, pelajar sekolah rendah dan tingkatan 1-4 masih perlu belajar di rumah. 

A group of people around a table Description automatically generated

Dengan mengambil servis pusat tuisyen seperti SifuTutor, ia boleh memberi anak anda pelajaran yang komprehensif seperti di sekolah. 

Ia juga memberi peluang untuk mereka mengulangkaji perkara yang mereka mungkin sudah lupa kerana tiada sesi persekolahan sepanjang 3 bulan PKP ini. 

Servis tuisyen dari rumah oleh SifuTutor dapat membantu anak anda yang memerlukan bimbingan daripada tutor. 

Berikut beberapa sebab mengapa ia lebih berkesan:

4 Kelebihan Tuisyen Di Rumah

  1. Jadual Kelas Bebas

Ibu bapa bebas mengadakan kelas mengikut hari dan masa yang sesuai.

  1. Belajar Di Rumah

Kelas rumah atau tempat yang dipilih oleh ibu bapa supaya suasana pembelajaran akan menjadi lebih kondusif.

  1. 1 Tutor 1 Pelajar

Home tuition sesuai untuk pelajar lemah kerana mendapat 100% perhatian daripada tutor.

  1. Analisa Pelajar

Tutor akan menganalisa dan merancang pembelajaran mengikut tahap kesesuaian setiap pelajar.

Selain itu, Sifututor juga telah membuat kajian bahawa 9 daripada 10 pelajar home tuition SifuTutor mendapat keputusan cemerlang. 

Ini adalah beberapa sebab mengapa:

  1. Tutor pakar dan bersedia 24/7

Tutor yang disediakan adalah pakar dan berpengalaman luas dalam setiap subjek. Mereka akan membantu pelajar setiap masa walaupun diluar waktu kelas.

  1. Laporan Prestasi Anak

Ibu Bapa akan disediakan laporan prestasi pelajaran terkini anak-anak setiap 3 bulan bagi memudahkan untuk menilai prestasi.

  1. Pembelajaran Mengikut Tahap Pelajar

Setiap pelajar akan dianalisa secara terperinci kelemahan dan kekuatan pada permulaan sesi bagi memudahkan tutor merancang sesi pembelajaran yang lebih berkesan.

A group of people sitting at a table Description automatically generated

Tuisyen dari rumah akan mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah berbanding jika mereka hanya bermain dengan telefon bimbit atau menonton TV sahaja.

Buat masa ini, SOP rasmi untuk pembukaan semula pusat tuisyen masih dirangka oleh KPM mengikut kata-kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apabila SOP rasmi sudah siap dan lulus, ia akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

SOP ini bukan sahaja untuk pusat tuisyen, tetapi juga akan merangkumi SOP bagi pembukaan semula tadika swasta.

Ini sangat penting supaya ibu bapa tahu bahawa anak mereka akan berada dalam persekitaran yang bersih dan elok untuk proses pelajaran di pusat tuisyen.

Ini juga satu sebab mengapa servis tuisyen dari rumah lebih elok untuk anak anda. Anda tidak perlu risau kerana anda sendiri menyediakan tempat belajar.

Tambahan pula, anda tidak perlu risau tentang tutor yang akan datang kerana mereka akur kepada langkah-langkah berjaga yang dikeluarkan oleh SifuTutor.

Oleh itu, proses pelajaran boleh dilakukan tanpa masalah. Ini juga bukan tertakluk kepada anak anda yang bersekolah sahaja.

Malah, anda juga boleh mengupah tutor untuk mengajar anak anda yang sedang belajar di tahap universiti.

Proses untuk mendapat tutor untuk anda juga sangat senang. Ia hanya melibatkan 3 langkah mudah untuk anda.

  1. Isi Borang Ringkas

Lengkapkan maklumat anak anda untuk kami memilih tutor terbaik.

  1. Dapat Profile Tutor

Kami akan tapis dan memberikan beberapa profil tutor untuk pilihan ibu bapa.

  1. Mula Kelas Penilaian

Selepas tarikh & masa dipersetujui, anak anda akan mulakan kelas penilaian dengan tutor yang dipilih

Kesimpulannya, ambil peluang ini untuk mengambil servis SifuTutor untuk anak anda. Ia akan memastikan bahawa anak anda sentiasa dalam keadaan bersedia.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, anda boleh kunjungi laman web SifuTutor atau page Facebook.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WeCreativez WhatsApp Support
Saya Fatin dari SifuTutor, boleh bertanya jika ada sebarang soalan!
👋 Hi, boleh saya bantu?
Scroll to Top