Sedang Mencari Guru Tuisyen Di Rumah? 3 Sebab Untuk Memilih Tuisyen Di Rumah

Setiap ibu bapa pasti mahu menyediakan keperluan yang terbaik buat anak-anak, terutama dalam hal akademik.

Bahkan apabila ada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar tahunan, pasti mereka akan sedaya upaya menghantar anak-anak ke kelas tambahan.

Hari ini ramai yang memilih khidmat tuisyen di rumah atas pelbagai faktor. Menerusi artikel ini, kami akan kongsikan kelebihan dan panduan mencari guru tuisyen di rumah.

Hasil carian imej untuk home tutor

Bermulanya awal tahun, selain sibuk mendaftar persekolahan, ibu bapa juga sibuk mencari khidmat tuisyen terbaik untuk anak-anak.

Apatah lagi jika anak-anak bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jika dahulu ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, namun trend hari ini dapat dilihat kebanyakan ibu bapa mula memilih khidmat tuisyen di rumah.

Mengapa Perlu Hantar Tuisyen Atau Kelas Tambahan?

Tuisyen merujuk kepada kelas bimbingan tambahan yang diambil oleh pelajar dalam subjek tertentu.

Kebiasaannya ia diadakan di luar waktu persekolahan seperti waktu petang atau malam. Bahkan ada juga yang diadakan pada hari minggu.

Perbezaan bayaran juga biasanya mengikut subjek, namun kadarnya menjadi sedikit murah dan berbaloi jika diambil secara pakej, iaitu mengambil beberapa subjek sekaligus.

Hakikatnya, sejak dari dahulu lagi sudah timbul beberapa isu berbangkit berkenaan tuisyen.

Hasil carian imej untuk pelajar dalam makmal sains

Ada yang mengatakan tidak perlu menghantar anak ke tuisyen atau kelas tambahan kerana kasihankan mereka yang kepenatan dan padat dengan aktiviti di sekolah.

Ada juga yang merasakan menghantar anak-anak ke tuisyen akan mengganggu masa mereka bersama keluarga, terutama pada hujung minggu.

Mereka beranggapan pembelajaran di sekolah sudah mencukupi buat anak-anak.

Tetapi bagaimana pula dengan pelajar yang mungkin lemah dari segi akademiknya dan memerlukan bimbingan serta lebih perhatian agar mereka boleh skor dalam peperiksaan?

Pastinya sesi pembelajaran di sekolah tidak mencukupi buat mereka.

Sehubungan itu, adalah lebih baik jika anak-anak ini diberikan khidmat tuisyen di rumah supaya bantuan secara fokus dan menyeluruh dapat diberikan kepada mereka.

Konsep tuisyen di rumah atau home tutor merujuk kepada tenaga pengajar, atau dikenali sebagai tutor datang ke rumah untuk mengajar anak-anak.

Kami senaraikan tiga (3) manfaat utama yang dikongsikan ibu bapa yang memilih konsep tuisyen di rumah.

3 Manfaat Memilih Tuisyen Di Rumah

guru tuisyen di rumah

1.Fokus Kepada Individu

Berbanding di pusat tuisyen yang mempunyai ramai pelajar di dalam satu kelas, tuisyen di rumah lebih fokus kepada satu atau dua pelajar sahaja.

Maka sesi pengajaran dan pembelajaran lebih kepada one-to-one dan guru tuisyen akan memberi sepenuh perhatian dan komitmen kepada mereka.

Kaedah ini amat dinasihatkan kepada pelajar ‘slow-learner’ yang agak perlahan menerima input pembelajaran.

Home tuition akan memudahkan pelajar untuk bertanyakan soalan dengan lebih kerap tanpa merasa segan sehinggalah dia benar-benar memahami apa yang diajari.

2.Ikut Kesesuaian Pelajar

Mungkin agar sukar untuk guru tuisyen mengenalpasti kelemahan kelemahan setiap pelajar yang ramai di dalam kelas.

Bagi home tuition pula, apabila sesi pengajaran dan ulang kaji dilakukan secara individu, maka keperluan dan kehendak seseorang pelajar itu dapat dikenalpasti.

Ini sekaligus dapat membantu tutor untuk memberi khidmat dengan lebih baik dan dalam masa sama mewujudkan suasana yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Situasi ini mungkin tidak diperolehi pelajar ketika sesi pembelajaran di sekolah kerana bersifat formal.

3.Memberi Keselesaan

Tahap keselesaan setiap pelajar adalah berbeza-beza. 

Ada yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka belajar di waktu malam dalam suasana sunyi, malah ada yang suka mendengar muzik dan ada juga yang suka berteman.

Maka kaedah home tuition diperkenalkan yang hanya terhad kepada satu hingga tiga orang sahaja dalam satu sesi supaya memberi keselesaan kepada pelajar.

Begitu juga dengan masa pembelajaran, ibu bapa boleh menentukan waktu yang fleksibel dan bersesuaian dengan stail pembelajaran si anak.

Tidaklah si anak merasa tertekan dan seperti dipaksa untuk belajar, kan?

Demikian antara kelebihan yang sering disuarakan ibu bapa yang memilih kaedah tuisyen di rumah atau home tutor ini.

Kaedah tuisyen di rumah menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mempunyai masa yang terhad dan sibuk dengan komitmen di pejabat namun tetap mengutamakan pelajaran si anak.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna untuk anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka.

Home tuition turut menyediakan ruang kepada ibu bapa untuk duduk sekali bersama si anak dan tutor untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam subjek tertentu.

Untuk ibu bapa yang mahukan bukti sokongan tentang home tuition;

Tahukah anda, satu kajian berjaya membuktikan bahawa hampir 9 daripada 10 pelajar berjaya menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dalam peperiksaan menerusi kaedah ini.

Adakah anda sedang mencari guru tuisyen di rumah?

C:\Users\User\Desktop\sifututor.png

Dapatkan khidmat home tutor di SifuTutor, yang mempunyai barisan pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengajar anak anda.

Bukan itu sahaja, mereka akan diajar mengikut tahap kesesuaian mereka dengan masa yang fleksibel.

Klik Sini Untuk Mendapatkan Khidmat SifuTutor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top