Nak Skor A? Pelajar Ini Kongsikan Tip-tip Dapat Straight A Dalam PT3

Bagi pelajar yang menduduki peperiksaan besar tahunan seperti UPSR, PT3 dan SPM pasti mengimpikan keputusan skor A.

Untuk berjaya, ada yang menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah dan melakukan latih tubi dengan bersungguh-sungguh.

Adik-adik bakal menduduki PT3 tahun hadapan? Kami kongsikan panduan dari seorang pelajar yang berjaya bagaimana dirinya skor A dalam peperiksaan berkenaan.

Sama ada ibu bapa atau pelajar itu sendiri, pasti berdebar-debar apabila memikirkan akan menduduki peperiksaan tahunan yang besar.

Pastinya mereka mahu keputusan yang cemerlang setanding dengan penat lelah dan usaha yang dilakukan selama ini.

Istimewa untuk adik-adik yang bakal menduduki PT3 pada tahun hadapan, di bawah adalah perkongsian dari seorang pelajar cemerlang skor A.

Cara-cara Nak Skor A Dalam PT3

1. Peruntukkan Masa 4-5 Jam Sehari

Untuk berjaya anda perlu melakukan sedikit pengorbanan, terutamanya masa.

Cuba amalkan mengulangkaji pelajaran antara empat hingga lima jam sehari untuk anda lebih memahami apa yang dipelajari di sekolah.

Ada yang mula buat revision jam 8 hingga 12 malam. Ada juga yang selesa belajar selepas jam 12 tengah malam dan ke atas. Terpulang. Ikut mana-mana keselesaan diri anda untuk belajar.

2. Kelas Tambahan

Ada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen atau mendapatkan khidmat tutor sebagai keperluan tambahan untuk anak-anak.

Kebiasannya khidmat sebegini diambil untuk meningkatkan prestasi anak-anak yang kurang memberangsakan dalam sesuatu subjek.

Untuk mendapatkan khidmat tuisyen di rumah, anda boleh memilih SifuTutor.

3. Soalan Peperiksaan Lepas

Banyakkan mengulangkaji pelajaran dengan merujuk kepada kertas-kertas peperiksaan tahun-tahun lepas.

Kaedah ini akan membantu adik-adik untuk membiasakan diri dengan standard peperiksaan.

Dalam masa sama akan membantu ingatan jawapan.

4. Jangan Berkira

Bagi ibu bapa, sekiranya mahu melihat kejayaan anak-anak, apa kata jangan terlalu berkira membelanjakan keperluan belajar mereka.

Contohnya dalam membelikan buku-buku rujukan dan latihan.

Setiap ‘pelaburan’ pastinya membawa hasil, kan?

5. Fahami Tatabahasa Dan Novel

Khusus untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pastikan adik-adik menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik.

Begitu juga dengan bahagian novel, anda perlu memahami dan mengingati jalan cerita dengan baik.

6. Fahami Formula

Untuk mata pelajaran Matematik dan Sains mungkin agak sukar bagi sesetengah pelajar.

Panduan penting untuk skor A, jika anda ragu-ragu dan tidak faham dengan apa yang anda pelajar, jangan segan, jangan bertangguh untuk bertanya kepada guru.

7. Belajar Mengikut Keselesaan

Ada yang suka belajar bersama kawan-kawan, mungkin kerana lebioh bersemangat dan mudah untuk bertanya jika ada yang kurang faham.

Tetapi ada yang suka belajar bersendirian kerana inginkan lebih privasi.

Yang penting, belajar mengikut keselesaan masing-masing. Waktu belajar perlukan tumpuan khusus, jangan pula banyak menyembang ke arah lain.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pelajar Skor A yang memilih belajar secara individu.

8. Flashcards / Nota Ringkas

Ini adalah kaedah belajar dan mengingat yang efektif bagi sesuatu mata pelajaran yang memerlukan usaha yang lebih.

Adalah lebih baik ia dilakukan sendiri berbanding versi printed kerana sambil anda menulis, sambil anda memahami dan mengingati.

Kaedah untuk skor A ini boleh dilakukan untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Sejarah.

9. Elakkan Perkara Yang Boleh Mengganggu Tumpuan

Apabila makin mendekati peperiksaan, cuba elakkan situasi yang boleh mengganggu perasaan kerana ia boleh memberi kesan kepada mood belajar anda.

Begitu juga elakkan penggunaan gajet seperti telefon bimbit kerana jika tidak dikawal ia boleh melalaikan.

10. Berdoa, Tawakal dan Ingat Tuhan

Tiada siapa yang mahu usaha yang dilakukan berkahir dengan sia-sia.

Apa pun, yakin dengan kemampuan dan usaha diri sendiri dan jangan lupa mulakan persiapan sejak awal.

Setelah puas berusaha, letakkan segala harapan dan keyakinan adik-adik pada kuasa Allah SWT.

Demikian antara panduan yang boleh digunakan adik-adik untuk Skor A dalam PT3 akan datang.

Semoga ia dapat meningkatkan keyakinan anda dalam menghadapi peperiksaan itu nanti.

SifuTutor – Home Tuition Terbaik Untuk Anak Anda

Setiap anak-anak berhak mendapat peluang pendidikan yang terbaik.

Hari ini ramai anak-anak dihantar ke kelas tambahan untuk membantu mereka lebih memahami apa yang dipelajari di sekolah.

Apatah lagi buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting tahunan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SifuTutor, merupakan khidmat tuisyen di rumah yang terbaik dan dipercayai ramai.

Berbanding tuisyen biasa, kaedah tuisyen di rumah mampu membantu anak-anak memperolehi kejayaan yang luar biasa di dalam peperiksaan.

Mengikut kajian, hampir 9 daripada 10 pelajar menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam markah peperiksaan mereka.

Di SifuTutor, hanya pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dipilih untuk mengajar anak anda, mengikut tahap kesesuaian mereka dan masa yang fleksibel.

Promosi akhir tahun 2019, SifuTutor menawarkan diskaun yuran bulanan sebanyak 5% untuk mereka yang mendaftar khidmat tuisyen di rumah sebelum 1 Januari 2020.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan promosi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top