Jaminan pulangan Wang
Dikemaskini (01/06/2020)
SIfuTutor menawarkan jaminan wang dikembalikan untuk langganan Tuisyen Dari Rumah ( “servis” ) yang tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:
- Tawaran ini terbuka kepada para pelanggan SIfuTutor yang membayar Commitment Fee melalui lama web rasmi SifuTutor (sifututor.my).
- Tuntutan hanya boleh dibuat dalam masa satu (1) bulan selepas tempoh langganan enam (6) bulan dari tarikh kelas pertama dimulakan.
- Dengan menyertai Tawaran ini, para pelanggan dianggap bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang disenaraikan di sini.
- Tawaran ini melayakkan pelanggan yang telah melanggan servis untuk membuat tuntutan tunai sebanyak dua puluh (20) peratus dari jumlah yuran Servis sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
- Servis mestilah dilanggan secara berterusan untuk enam (6) bulan berturut-turut bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
- Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan Servis selepas enam (6) bulan daripada tarikh kelas pertama bermula, anda dikehendaki menghubungi Talian kami di 03-5888 4827 untuk membuat tuntutan. Pelanggan dikehendaki melampirkan bukti yang menunjukkan Servis tidak berjaya memberikan hasil yang dikehendaki.
- SifuTutor berhak di atas budi bicaranya untuk tidak memberikan sebarang tuntutan sekiranya merasakan pelanggan tidak memenuhi terma dan syarat yang diperlukan seperti yang disenaraikan di sini.
- Tuntutan hanya terhad kepada yuran langganan servis sahaja.