Ini Dia Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019

Adakah anda sudah ada jadual peperiksaan SPM 2019?

Bagi pelajar sekolah menengah, peperiksaan SPM adalah peperiksaan terpenting dalam hidup anda. Adalah penting untuk adik-adik bersedia dengan ulangkaji bagi setiap subjek Sijil Peperiksaan Malaysia.

Untuk itu, di sini kami sediakan jadual peperiksaan SPM 2019 untuk membantu adik-adik membuat persediaan rapi sebelum hari peperiksaan.

Sijil Pelajaran Malaysia

Apa Itu SPM?

Seperti yang diketahui ramai, SPM merupakan antara syarat ‘wajib’ membolehkan para pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Selain SPM, mereka juga mempunyai pilihan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau kursus asas di universiti.

SPM dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dimana kebiasaannya diambil pelajar semasa di Tingkatan 5, selain peperiksaan terakhir di sekolah menengah atas.

Senarai Subjek SPM

Subjek-subjek bagi peperiksaan SPM dibahagikan kepada subjek teras dan elektif.

Subjek teras merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh para pelajar:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Islam (diambil pelajar Islam sahaja)
  4. Pendidikan Moral (diambil pelajar bukan Islam sahaja)
  5. Sejarah
  6. Matematik
  7. Sains

Subjek elektif merupakan subjek yang boleh dipilih oleh pelajar.

Namun pelajar dinasihatkan untuk mengambil subjek yang bersesuaian dengan bidang yang akan diambil semasa menyambung pelajaran di peringkat universiti :

  1. Literature in English
  2. Kesusasteraan Melayu
  3. Bahasa Arab Tinggi
  4. Bahasa Cina
  5. Bahasa Tamil
  6. English for Science and Technology
  7. Bahasa Iban
  8. Bahasa Arab Komunikasi
  9. Kesusasteraan Cina
  10. Kesusasteraan Tamil
  11. Bahasa Perancis
  12. Bahasa Punjabi

Dalam subjek Matematik dan Sains pula, terdapat beberapa lagi subjek tambahan iaitu Matematik Tambahan, Sains Tambahan, Sains Gunaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fizik, Kimia dan Biologi.

Bagi bidang Sains Sosial dan Keagamaan pula, subjek-subjek tambahan yang lain adalah Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan dan Prinsip Perniagaan.

Selain itu adalah Pengajian Keusahawan, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Syariah Islamiah dan Pengetahuan Bible.

Terdapat tiga subjek tambahan di dalam bidang Keseniaan dan Kesihatan iaitu Pendidikan Seni Visual, Pengetahuan Sains Sukan dan Pendidikan Muzik.

Bagi pelajar pendidikan teknikal dan vokasional, subjek tambahan menerusi bidang kejuruteraan pula adalah Lukisan Kejuruteraan serta Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Selain itu adalah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Rekacipta dan Teknologi Kejuruteraan.

Gred dan Pencapaian

Tahun demi tahun beberapa perubahan dilakukan dalam aspek sistem pemarkahan bagi peperiksaan dan ujian sekolah.

Bagi SPM, julat markah adalah seperti di bawah :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top