persediaan ke sekolah 2021

Checklist Persediaan Ke Sekolah 2021 Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan

Sudah buat persediaan ke sekolah tahun 2021?

Seperti yang anda maklum, sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi.

Masa beginilah untuk anda membantu anak-anak membuat persediaan seperti kelengkapan sekolah, buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan checklist persediaan ke sekolah 2021 yang anda boleh rujuk bila shopping nanti.

Teruskan membaca.

Checklist Persediaan Ke Sekolah 2021

persediaan ke sekolah 2021

Untuk memastikan anak-anak sentiasa ceria dan bersemangat untuk ke sekolah, ibu bapa perlulah membuat persiapan yang lengkap.

Tidak pasti tentang barang-barang yang patut dibeli? Jangan risau, kami dah menyediakan checklist khas untuk anda!

1. Beli Pakaian Sekolah dan Pakaian Sukan Sekolah

Seeloknya, anda membeli sekurang-kurangnya 2 set uniform sekolah atau lebih. Beli ikut kemampuan anda.

Hal ini kerana dalam masa seminggu ada 5 hari persekolahan. Jadi, pakaian uniform boleh dipakai selang 1 hari.

Anda juga harus ingat kebiasaannya akan ada dua hari yang di mana pelajar perlu memakai pakaian sukan untuk subjek Pendidikan Jasmani.

Belikan t-shirt sukan sekolah (jika ada) atau t-shirt putih dan seluar tracksuit untuk anak anda.

2. Kasut Sekolah

persediaan ke sekolah 2021

Anda pasti sedar saiz kaki anak semakin membesar. Oleh itu, anda kena tahu saiz kasut terkini anak anda.

Terdapat banyak pilihan kasut sekolah dari pelbagai jenis jenama yang anda boleh pilih.

Pemilihan kasut yang tepat adalah penting kerana anak-anak akan memakainya sepanjang hari di sekolah.

Carilah kasut yang mudah untuk dicuci dan selesa dipakai. 

3. Beg

persediaan ke sekolah 2021

Seterusnya, anda perlu memilih beg sekolah yang sesuai untuk anak-anak anda.

Cari beg yang ada banyak ruang sebab banyak buku yang anak-anak selalu bawa ke sekolah. Selain itu, pastikan ada tempat letak botol air juga.

Anak-anak kecil suka dan teruja untuk shopping beg sekolah sebab ada pilihan beg kartun kegemaran mereka seperti Spiderman, Barbie dan sebagainya.

4. Alat Tulis

persediaan ke sekolah 2021

Alat tulis adalah salah satu ‘barang kemestian’ yang pasti diingini oleh anak-anak pada setiap tahun persekolahan. 

Pasti anda sudah terbiasa mendengar luahan anak anda yang sering kehilangan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.

Di antara peralatan alat tulis yang anda boleh sediakan adalah:

  • Pensil
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pengasah pensil
  • Bekas alat tulis
  • Set pensil warna
  • Gam
  • Gunting

5. Buku Nota & Buku Latihan

Buku teks anak anda boleh didapati secara pinjaman daripada pihak sekolah. 

Untuk buku nota pula, ibu bapa perlu membelinya mengikut subjek pelajaran anak-anak.

Kebiasaannya, pihak sekolah anda menyenaraikan jumlah buku latihan yang perlu dibeli. Rujuk pihak sekolah anak anda terlebih dahulu sebelum membelinya.

Sediakan sekurang-kurangnya dua buah buku nota untuk setiap subjek.

Labelkan juga buku anak-anak dengan meletakkan nama penuh mereka.

Persediaan Menghadapi Cabaran COVID-19 Di Sekolah

Memang tidak dinafikan, pendidikan anak-anak memang terjejas dan ini akan meninggalkan kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, persediaan sekolah sesi 2021 untuk anak-anak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Selain dari persediaan pakaian dan sebagainya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bersedia dari segi mental.

Pelajar-pelajar akan menghadapi kesukaran seperti tiada motivasi atau keinginan untuk kembali ke sekolah setelah sekian lama duduk di rumah. 

Cabaran ini harus dipikul oleh ibu bapa dan guru-guru bersama.

Pastikan SOP di sekolah sentiasa dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak semasa sesi persekolahan.

3 perkara utama yang pelajar harus patuhi adalah:

  1. Periksa suhu badan (suhu melebihi 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan masuk)
  2. Sentiasa pakai pelitup muka
  3. Jaga penjarakan fizikal

Kesimpulan 

Kesimpulannya, persediaan ke sekolah adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi moral anak-anak.

Pergi ke sekolah dalam situasi COVID-19 memang satu perkara yang mencabar dan agak menakutkan.

Oleh itu, anak-anak perlu mematuhi SOP dan arahan guru apabila sekolah dibuka nanti.

P.S Adakah anda sedang mencari servis tuisyen dari rumah? SifuTutor ada untuk anda!

Dengan SifuTutor, anda akan dapat nikmati kelebihan-kelebihan seperti:

  • Tutor Pakar yang disaring dan individu yang berpengalaman dan berkelayakan.

  • SifuTutor menganalisa dan merancang pembelajaran mengikut tahap kesesuaian setiap pelajar.

  • Kelas dibuat di rumah dan mengikut masa kesesuaian setiap pelajar dan ibu bapa.

Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan tutor untuk anak anda? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Isi Borang Ringkas
    Lengkapkan maklumat anak anda untuk SifuTutor memilih tutor terbaik.

  2. Dapat Profile Tutor
    SifuTutor akan menapis dan memberikan beberapa profil tutor untuk pilihan ibu bapa.

  1. Mula Kelas Penilaian
    Selepas tarikh & masa dipersetujui, anak anda akan mulakan kelas penilaian dengan tutor yang dipilih.

Jika ada apa-apa soalan, anda boleh rujuk SifuTutor di website atau page Facebook mereka.