Bank Soalan UPSR 2020 (Ada Di Sini)

Bank Soalan UPSR 2020 (Ada Di Sini)

Bank soalan UPSR adalah koleksi soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Pasti ramai di kalangan murid sekolah bakal menghadapi peperiksaan (UPSR) pada bulan September akan datang.

Mungkin ada yang berasa masih terlalu awal, tetapi ingat! Persediaan menghadapi peperiksaan perlu bermula lebih awal.

Untuk membantu anda, kami akan dedahkan anda dengan pautan penting berkenaan bank soalan UPSR. Teruskan membaca artikel ini.

Sesiapa sahaja pasti mahu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Bukan sahaja untuk menggembirakan hati ibu dan bapa, namun keputusan cemerlang menjadi kayu ukur kepada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.

UPSR, merupakan salah satu peperiksaan wajib diambil oleh pelajar sekolah selain Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Makluman Tentang Peperiksaan UPSR

UPSR adalah peperiksaan khusus yang diambil oleh murid-murid Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Bagi tahun 2020, Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan peperiksaan UPSR akan dijalankan selama lima hari bermula dari:

1 hingga 3 September 2020, dan

7 dan 8 September 2020.

Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengemaskini jadual peperiksaan UPSR yang lengkap dengan tarikh peperiksaan dan masa, kod kertas dan tempoh peperiksaan dijalankan.

Sumber Bank Soalan UPSR di Internet

Standard six students preparing UPSR exam in their classroom at SK Damansara Jaya 1. AZHAR MAHFOF/The Star(6/8/2019)

Ramai yang rajin belajar dengan mengulangkaji pelajaran namun masih gagal memperolehi keputusan yang memberangsangkan.

Keadaan ini terjadi kerana tidak merancang jadual belajar yang betul selain tidak memahami kaedah menjawab soalan peperiksaan.

Untuk apa sahaja jenis peperiksaan, termasuk UPSR, murid-murid perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan sistem belajar yang betul.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah kemahiran menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas.

Ini membolehkan murid-murid membiasakan diri dengan jenis soalan peperiksaan sebenar dan meneka trend soalan.

Ini sekaligus memberi motivasi kepada murid-murid untuk menguasai pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan.

Bank Soalan UPSR merupakan koleksi soalan, latihan dan nota dari pelbagai sumber. Ia merupakan inisiatif dari segi latih tubi kepada murid-murid sebelum menghadapi UPSR.

Ada beberapa sumber di Internet yang boleh ibu bapa dan murid-murid gunakan untuk mendapatkan bank soalan UPSR.

Kami akan kongsikan pautan popular yang sering menjadi rujukan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

Sistem Guru Online – sebuah portal yang merangkumkan koleksi soalan terkini mengikut format UPSR terkini.

UPSR Online –  sebuah portal yang mengandungi koleksi soalan peperiksaan dari tahun-tahun yang lepas termasuk soalan latih tubi.

Bumi Gemilang – seperti yang lain, portal ini juga menyediakan skema jawapan bagi kesemua subjek UPSR.

Cikgu Ayu – selain berkongsi soalan-soalan peperiksaan UPSR, sumber ini juga mendedahkan panduan menjawab soalan peperiksaan.

Perlukah Anda Percaya Dengan Bank Soalan?

Meskipun ada pelbagai sumber di Internet menawarkan koleksi bank soalan UPSR, namun janganlah pula murid-murid bergantung kepada kaedah ini sahaja.

Anda masih perlu mengulangkaji setiap mata pelajaran, melakukan latih tubi dan memahami apa yang diajarkan guru-guru di sekolah dan mengambil kelas tambahan.

Anda perlu ingat, tidak ada shortcut untuk mencapai kejayaan yang diinginkan.

Hari ini, khidmat home tuition semakin mendapat sambutan di kalangan ibu bapa sebagai inisiatif tambahan terhadap apa yang dipelajari di sekolah.

Rata-rata ibu bapa memilih cara ini kerana mahu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fokus dan tenang.

Ini sekaligus dapat membantu anak-anak yang bermasalah untuk skor lebih cemerlang.

SifuTutor, merupakan sebuah khidmat tusyen di rumah yang dipercayai ramai ibu bapa di Malaysia.

Apatah lagi hanya pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman sahaja dipilih untuk mengajar anak-anak anda mengikut tahap kesesuaian mereka dengan masa yang fleksibel.