Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan negara termasuklah Malaysia. Namun mempelajari sesebuah bahasa bukannya mudah. Di Malaysia, ramai yang mempelajari Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu. Apa yang membuat Bahasa Inggeris ini rumit adalah, cara menyebut atau membaca berbeza daripada ejaannya. 

Jadi, bagaimana untuk memperbaiki sebutan dalam Bahasa Inggeris?

1. Tentukan Pilihan Aksen Bahasa Inggeris

Terdapat pelbagai aksen untuk menyebut perkataan yang sama dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, dalam Bahasa Inggeris British, huruf ‘r’ tidak disebut atau dibunyikan seperti Bahasa Inggeris Amerika.

Jadi, jangan rasa keliru jika sebutan sesebuah perkataan itu berbeza dengan apa yang anda biasa dengar. Pilih loghat yang mana anda ingin pelajari dan carilah filem atau rancangan televisyen dari negara pilihan anda untuk mempelajari cara-cara sebutan. Untuk pengetahuan, kita belajar Bahasa Inggeris British di Malaysia dan salah satu filem kegemaran yang menjadi rujukan ramai orang adalah Harry Potter. Namun, negara kita juga mendapat banyak pengaruh media dari Amerika. Maka, ramai orang mencampur adukkan kedua-dua aksen ini ketika bercakap mahupun menulis.

2. Pecahkan Suku Kata Perkataan

Sumber : factsumo.com

Berlatih dengan beberapa perkataan asas Bahasa Inggeris setiap hari. Pertama, pecahkan perkataan mengikut suku kata kerana ini akan memudahkan kita untuk menyebutnya. Selepas berlatih menyebut setiap suku kata, cuba sebut seluruh perkataan pula. Kemudian, guna perkataan-perkataan tersebut di dalam sebuah ayat. Contohnya, perkataan hippopotamus dipecahkan menjadi hip-po-po-ta-mus.

3. Bercakap Dengan Perlahan & Tenang

Bercakap dengan laju akan menyebabkan kesulitan. Ramai yang mengharap orang lain tidak akan perasan jika mereka tersalah sebut apabila bercakap dengan laju. Oleh itu, cuba bercakap dengan tenang dan beri masa pada diri sendiri dan tumpukan perhatian pada bait-bait sebutan perkataan yang kita gunakan ketika bercakap. Dengan cara ini, kita akan dapat mengenalpasti kesilapan dan berusaha untuk perbaiki sebutan Bahasa Inggeris.

4. Tiru Gaya Percakapan Pakar Bahasa Inggeris

Pakar? Siapa lagi kalau bukan orang Inggeris sendiri. Di dalam media, kita boleh jumpa penutur Bahasa Inggeris di mana-mana samada di radio, televisyen, atau mengikuti rancangan Bahasa Inggeris tanpa sarikata. Malahan, kita juga boleh jumpa berjuta video di Youtube. Dengar dengan teliti dan fokus pada cara sebutan setiap perkataan walaupun anda tidak tahu maksud perkataan tersebut.

5. Practice, practice & practice!

Masalah sebutan kebiasaannya timbul kerana ramai yang takut untuk membuat kesilapan seterusnya, mengelak dari menyebut sesetengah perkataan. Seperti yang disebutkan diatas tadi, meniru pakar bahasa Inggeris adalah cara terbaik untuk belajar cara sebutan perkataan yang rumit. Berlatih dan sebut dengan kuat sebanyak yang mungkin. Jangan takut untuk membuat silap. Berlatih sehingga anda dapat sebut dengan tepat. Salah satu caranya, anda boleh berlakon seperti sedang kenalkan diri, beri arahan, membuat pembentangan atau bermain tongue twister untuk melembutkan lidah.

6. Dengar Diri Sendiri

Salah satu cara untuk mengenalpasti kesalahan sebutan adalah merakam suara sendiri ketika bertutur. Dengar semula sebutan anda dengan teliti dan bandingkan dengan sebutan pakar bahasa. Cuba kenalpasti bahagian mana yang berbeza supaya anda boleh perbaiki sebutannya.

7. Tonton Diri Sendiri

Bercakap merupakan satu pergerakan fizikal. Berdiri di hadapan cermin dan lihat wajah anda ketika anda menyebut beberapa perkataan. Bagaimana bibir dan lidah anda bergerak? Adakah pergerakannya sama dengan penutur asal? Rakam diri anda ketika bertutur Bahasa Inggeris dan tonton semula untuk menyemak jika anda lakukannya dengan betul.

8. Cari Rakan Untuk Berlatih

Untuk perbaiki sebutan, kita perlukan seseorang untuk memberi komen atau maklumbalas. Cari rakan yang juga ingin memperbaiki sebutannya dan berusahalah bersama-sama. Kadangkala, rakan kita akan perasan kesilapan sebutan yang kita sendiri tidak sedar. Apa yang penting, masing-masing bersetuju untuk menegur kesilapan antara satu sama lain dan berikan kritikan yang membina.

9. Menyanyi

Dengan mempelajari lirik lagu Inggeris,anda akan belajar untuk lebih relaks dan sebutan akan menjadi lebih natural. Ini kerana, lagu-lagu ini mempunyai frasa dan kosa kata yang berguna. Tetapi, pemilihan lagu juga memainkan peranan penting dalam melatih diri memperbaiki sebutan. Antara tips yang boleh digunakan, pilihlah lagu yang tidak terlalu rancak dan menggunakan perkataan yang lazim serta tidak terlalu susah untuk anda.

Rumusan

Cuba lah tips ini apabila anda mempunyai kelapangan dan kenalpasti teknik yang paling berkesan untuk anda. Ingat, tidak ada jalan pintas untuk menjadi mahir tetapi semua teknik ini akan membantu anda mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi asalkan selalu berlatih. Jika anda merupakan seorang pelajar dan memerlukan bantuan pelajaran Bahasa Inggeris, boleh lah mencuba kaedah home tuition. Oleh itu, adakah anda sudah bersedia memperbaiki sebutan dalam Bahasa Inggeris?

Terbaru

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →

Cara Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan

Siapa yang tak pernah menghadapi masalah apabila melakukan kerja berkumpulan? Boleh dikatakan semua …

Baca Selanjutnya →
apparatus in a lab

Skor A+ Subjek Kimia Dalam SPM Dengan Tips Ini

Subjek Kimia antara subjek yang digeruni pelajar sains tulen kerana dikatakan susah untuk …

Baca Selanjutnya →