fbpx

Bagaimana Untuk Cipta Suasana Belajar Untuk Anak-Anak Di Rumah Pada Musim Pandemik?

Walaupun sekolah akan dibuka semula dan beberapa peperiksaan dibatalkan, memiliki suasana yang mesra-belajar di rumah akan menjadi kunci kepada kejayaan akademik pelajar pada tahun ini. Nampak remeh tapi perkara seperti ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang kerana ia sebenarnya memberi impak yang besar terhadap prestasi anak.

Kali ini kami kumpulkan 8 tips untuk membantu ibu bapa cipta suasana belajar atau ulangkaji di rumah terutama sekali di musim pandemik.

Beri anak ruang khas untuk belajar

Anak anda perlukan ruang khas untuk mereka berusaha sepanjang bulan yang mendatang — ruang yang tenang serta teratur dimana mereka tahu serba serbi dan boleh jadikan sebagai rutin.

Mungkin anak anda selesa di meja makan tetapi ruang ini seringkali sibuk dengan orang lalu lalang, tempat menyediakan makanan, mungkin ada kucing bermain dan sebagainya.

Bantu anak sediakan ruang khas dan tetapkan peraturan dimana ruang ini adalah zon larangan masuk dan larangan buat bising bagi ahli keluarga yang lain.

Amalkan Pemakanan Sihat

tips-ulangkaji-pemakanan-sihat

Ketika mengalami tekanan, kita akan menginginkan makanan yang kita tahu tidak bagus untuk badan kita seperti snek, minuman manis dan ais krim. Apa yang anak kita perlukan adalah vitamin yang terkandung dalam makanan segar untuk merangsang aktiviti otak.

Sekiranya anak anda kurang gemar sayuran, anda boleh cuba beri makanan seperti buahan beri, dark chocolate atau bar bijirin. Minuman manis dan berkafein tinggi juga amat popular dalam kalangan pelajar. Jadi apa yang boleh dicuba adalah tukar minuman berkafein seperti Red Bull atau Nescafe kepada air atau jus segar untuk membantu mereka kekal tenang dan fokus.

Dapatkan tidur yang cukup

tips-ulangkaji-tidur-yang-cukup

Galakkan anak anda untuk mendapatkan tidur yang cukup walaupun mereka stres dengan peperiksaan yang semakin hampir. Tidur yang cukup adalah kunci kejayaan ulangkaji kerana ianya memberi kesan kepada memori kita. 

Tidur yang cukup akan memperbaiki konsentrasi dan membantu dalam mengelakkan rasa gementar ketika menjawab peperiksaan. Seelok-eloknya, dapatkan tidur sebanyak 8 jam setiap hari. Siapkan kerja sekolah sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur.

Minta Anak Ajar Anda

Dengan menerangkan apa yang mereka pelajari, ia akan membantu mereka faham dengan lebih mendalam serta membantu mereka ingat dengan lebih baik.

Minta anak anda terangkan konsep kepada anda dan tanya beberapa soalan. Jika anda faham apa yang diterangkan oleh anak anda, ini bermakna pemahaman mereka juga sudah mantap. Kaedah ini juga sangat berkesan sebagai salah satu kaedah dalam persediaan peperiksaan.  

Ambil masa rehat

Ambil masa rehat dengan kerap juga dapat memperbaiki memori dan fokus. Setiap pelajar itu berbeza, jadi anak anda bebas untuk dapatkan ‘time-off’ pada bila-bila masa yang mereka rasakan terbaik untuk diri mereka. Jadilah ibu bapa yang fleksibel dan memahami lebih lebih lagi pada musim pandemik ini. 

 

Kurangkan gangguan bunyi

Cuba sehabis baik untuk minta kerjasama seluruh ahli keluarga kurangkan bunyi bising. Selain itu, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah mengehadkan waktu rakan-rakan anak anda bermain di rumah anda dan anjak sebarang sambutan atau keraian di rumah selepas peperiksaan tamat. Ini membantu untuk mengekalkan rumah anda sebagai tempat mesra-ulangkaji untuk anak anda.

Hadkan penggunaan gajet

tips-ulangkaji-kawal-penggunaan-gajet

Pada zaman kini, teknologi merupakan rakan baik anak-anak dan juga boleh menjadi musuh apabila tiba musim ulangkaji. Semasa anak anda sedang menjalani tuisyen secara online, gunakan komputer dan bukannya telefon pintar. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terganggu dengan notifikasi yang boleh hilangkan fokus mereka.

Cuba hadkan penggunaan gajet hanya padu waktu rehat seperti yang disebutkan di atas tadi.

Sentiasa berkomunikasi

Sama ada anak anda sedang ulangkaji untuk peperiksaan atau baru memulakan pengajian di universiti, ini mungkin kali pertama mereka mengalami stres yang melampau.

Stres adalah suatu perasaan yang normal dan dihadapi oleh semua orang. Jadi, ibu bapa boleh tunjuk bagaimana cara untuk menanganinya. Jangan biarkan mereka pendam perasaan dengan begitu lama dan banyakkan berbual agar anak anda tidak merasa bahawa mereka keseorangan.

Walau apa pun yang anda lakukan untuk bantu anak-anak capai kejayaan, segalanya terletak pada usaha dan semangat mereka. Tidak kira apa yang terjadi, apa yang penting adalah anak-anak tahu bahawa anda akan tetap bersama-sama menyokong mereka. Sekiranya anak anda lemah dalam akademik atau perlukan bantuan belajar secara 1-to-1, eloklah mencuba kaedah tuisyen peribadi.  

Terbaru

Tanda-Tanda Mental Breakdown & Cara Mengatasinya

Mengikut Healthline, terma nervous atau mental breakdown ini secara umumnya adalah tekanan perasaan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Cipta Suasana Belajar Untuk Anak-Anak Di Rumah Pada Musim Pandemik?

Walaupun sekolah akan dibuka semula dan beberapa peperiksaan dibatalkan, memiliki suasana yang mesra-belajar …

Baca Selanjutnya →

5 Gaya Belajar – Yang Mana Satu Gaya Belajar Anak Anda?

Setiap pelajar itu unik, dan begitulah juga cara mereka belajar. Anak-anak sebenarnya dapat …

Baca Selanjutnya →

3 Masalah Yang Anak Anda Boleh Elak Dengan Kaedah Tuisyen Online

Sekiranya anak anda memerlukan bantuan dalam matapelajaran sekolah, tuisyen persendirian one-to-one adalah kaedah …

Baca Selanjutnya →

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →