Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu bapa mula sedar manfaat yang anak mereka perolehi melalui kaedah home tuition ini. 

Tambahan pula, beban kerja guru pada masa kini semakin meningkat dan perlu mengawasi kelas yang banyak. Justeru, keadaan ini memaksa tutor untuk memberi bantuan sokongan.

Bagaimana tutor dapat memberi manfaat kepada anak anda?

1. Pelajaran secara 'one-to-one'

Agak mustahil untuk para pelajar mengikuti pembelajaran secara ‘one-to-one’ di sekolah dan universiti ekoran daripada komitmen yang semakin tinggi, pelajar yang ramai dan jadual waktu yang padat. Jadi, tutor peribadi dapat mengisi kekosongan atau ‘gap’ ini terutama sekali bagi subjek yang rumit seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

2. Fleksibel

Kita semua pernah mencapai satu tahap dimana kita memerlukan bantuan serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang memecahkan otak kita dan menyebabkan stres. Begitu lah juga anak kita. Tambahan lagi, sukar untuk mencari guru pada sesetengah ketika.

Di sini lah tutor memainkan peranan. Kebanyakan tutor menawarkan sesi home tuition dimana mereka boleh mengikut waktu yang ditetapkan oleh ibu bapa untuk pelajar menjalani kelas tuisyen.

3. Yuran yang berpatutan

Ramai menganggap bahawa kos untuk mengambil tutor peribadi ini mahal. Sebenarnya, yuran tutor ini agak berpatutan. Secara purata, kos yuran home tuition adalah antara RM30-RM70 per jam. Dengan kos ini, ibu bapa tidak lagi perlu membazir masa, tenaga dan berulang-alik menghantar anak ke pusat tuisyen.

4. Motivasi

Kekangan masa menyebabkan pelajar merasa susah untuk tanam rasa minat terhadap buku yang mempunyai teks yang panjang dan tebal. Justeru itu, tutor dapat memberikan sokongan motivasi dan mengurangkan beban anak anda dengan memberi bahan-bahan pembelajaran seperti nota serta tips yang telah disesuaikan dengan tahap pelajar disamping menasihati tentang bagaimana untuk megutamakan tugasan yang diberi di sekolah.

5. Keyakinan

Kerja sekolah atau kerja kursus yang menimbun kadang kala menimbulkan rasa gusar, serabut dan rasa seperti hampir gagal dalam pelajaran. Tutor peribadi sebenarnya merupakan ‘cheerleader’ anak anda dalam tidak sedar. Dengan bantuan peribadi one-to-one, ia dapat meningkatkan semula keyakinan diri mereka pada saat yang mereka betul-betul perlukannya.

6. Prestasi

Kadang kala kita tidak pernah sedar akan potensi yang wujud dalam diri kita. Apatah lagi apabila kita seorang sahaja yang kelihatan seperti sedang ‘struggle’ di dalam kelas dan pelajar lain pula kelihatan seperti sudah faham konsep sesuatu topik. 

Dengan bantuan tutor peribadi, anak anda akan dibantu dari segi penekanan dan latihan yang lebih akan difokuskan kepada topik-topik yang pelajar lemah. Jadi ia akan merangsang prestasi dan menjadi titik permulaan untuk anak anda capai potensi penuh pada kelajuan mereka yang tersendiri.

Kesimpulan

Di negara-negara Eropah, pengambilan tutor peribadi untuk anak-anak sudah lama dipraktikkan. Kaedah tuisyen peribadi ini menjadi pilihan ibu bapa yang agak sibuk dengan kerjaya namun, pada masa yang sama mahu menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak.

Tidak perlu mengambil home tuition untuk semua subjek, sebaiknya ambillah subjek yang penting dan yang perlukan perhatian khusus sahaja untuk memastikan agar murid tidak ketinggalan untuk bersaing dalam pelajaran.

Terbaru

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →