Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu 'Tongue Twister'?

Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah sebuah frasa yang sukar untuk dibaca dan kebiasaannya akan menyebabkan penutur membuat kesilapan yang lucu kerana lidah seperti terbelit.

kelebihan-tongue-twister

Pelincah lidah ini wujud dalam pelbagai bahasa dan kadangkala bunyinya seperti lagu atau pantun. Ini kerana wujudnya unsur rima, ritma dan pengulangan huruf di dalam setiap frasa. Isi kandung frasa pelincah lidah ini biasanya agak ‘fancy’ dan tidak masuk akal namun ianya sedap didengar.

Pelincah lidah ini dimulakan dengan bacaan yang perlahan. Kemudian, diulang beberapa kali dan semakin lama dibaca dengan semakin laju.

Apa kebaikan pelincah lidah?

Permainan pelincah lidah ini menyeronokkan dan sangat berguna dalam memperbaiki pertuturan dan melembutkan lidah agar mudah untuk menyebut sesuatu perkataan tidak kira lah bagi kanak-kanak ataupun dewasa. Anda mungkin pernah terdengar penyanyi warm up vokal mereka melakukan persembahan. Ramai yang menggunakan pelincah lidah agar mereka lebih fokus dan elak melakukan kesilapan sebutan. Selain itu, tongue twister juga sangat berguna bagi sesiapa yang sedang belajar bahasa asing kerana setiap bahasa mempunyai set pelincah lidah yang tersendiri.

Selain itu, ia juga berfungsi untuk meningkatkan keyakinan diri. Penutur akan lebih berjaga-jaga ketika menyebut setiap patah perkataan. Berlatih pelincah lidah ini sama juga seperti berlatih untuk aktiviti fizikal. Lebih banyak kita berlatih, lebih banyak otot kita belajar dan mengingati cara untuk sebut sesebuah perkataan dengan betul.

Pelincah Lidah untuk kanak-kanak

Sudah bergenerasi pelincah lidah digunakan oleh guru sebagai aktiviti yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Ini kerana frasanya yang kelakar dan menghiburkan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar sambil berhibur. Di samping itu, pelincah lidah berfungsi dalam membentuk kemahiran berbahasa serta meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Bermain dengan pelincah lidah ini juga sangat bermanfaat untuk kanak-kanak yang pelat. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai masalah dengan perkataan yang bermula atau berakhir dengan huruf seperti “r”, “k”, “s” atau “b”. Penekanan pada kelancaran dan kejelasan menyebut sesebuah perkataan di dalam pelincah lidah secara tidak langsung akan mengajar kanak-kanak untuk membaca dan bertutur dengan berhati-hati.

Contoh 'Tongue Twister' Bahasa Melayu

  • Goreng kerepek garing-garing letak atas piring.
  • Biawak buaya, buaya biawak.
  • Kakakku kata kaki kiriku kaku macam kayu.
  • Lori lalu lalang layu.
  • Ku kikis-kikis kuku kaki kiriku jadi kaki kiriku tidak kaku.
  • Ular lari lurus, lalu Laila lalu lalang. Laila lari lihat ular lari, lalu Laila lari lalu lorong lama.
  • Bila Billy balik ke Bali Billi boleh beli bola.

Rumusan

Pelincah lidah ini merupakan satu instrumen yang terbaik bagi sesiapa yang mempelajari sesuatu bahasa. Ibu bapa bolehlah mencuba permainan ini dengan anak-anak di rumah pada hujung minggu disamping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Lama kelamaan, sebutan perkataan akan menjadi lebih tepat dan sempurna.

Terbaru

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →

Cara Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan

Siapa yang tak pernah menghadapi masalah apabila melakukan kerja berkumpulan? Boleh dikatakan semua …

Baca Selanjutnya →
apparatus in a lab

Skor A+ Subjek Kimia Dalam SPM Dengan Tips Ini

Subjek Kimia antara subjek yang digeruni pelajar sains tulen kerana dikatakan susah untuk …

Baca Selanjutnya →