Hafal Sifir dengan 8 Teknik untuk anak yang sukar ingat

Perlukah hafal sifir?

Sifir adalah jantung Matematik. Untuk kuasai subjek ini, mahu atau tidak, pelajar wajib hafal sifir asas. Namun, ramai pelajar mengalami kesukaran untuk menghafal. Sebenarnya, terdapat beberapa teknik menarik untuk ibu bapa bantu anak ‘mesra’ dengan nombor atau sifir. 

Ditambah pula bantuan dan dorongan dari ibu bapa, proses penghafalan akan menjadi lebih mudah buat anak. Disini kami kongsi 8 cara mudah hafal sifir. 

1. Hafal Sifir Secara Berperingkat

Hafal sifir secara berperingkat dapat mengurangkan beban anak untuk menghafal sifir dan mengelakkan daripada bercelaru. Jadi, ibu bapa boleh bahagikan 12 baris sifir kepada 2 atau 3 bahagian.

2. Mulakan dengan sifir 2, 5, 10 dan 11

Empat sifir ini merupakan antara sifir yang mudah untuk diingati. Oleh itu, ibu bapa boleh menampal sifir mudah ini pada ruang yang senang dilihat anak di rumah. Hias sedikit dengan kartun kegemaran anak agar mereka berasa seronok untuk belajar.

cara hafal sifir dengan mudah

3. Baca sifir berulang kali dengan kuat

Bacaan itu memadai hanya didengari oleh telinga sendiri agar tidak mengganggu orang lain. Setelah selesai, minta anak ulang sifir tanpa melihat jawapan. Jika sifir itu tepat, teruskan ke bahagian atau sifir yang seterusnya mengikut kemampuan mereka.

4. Menggunakan lagu

Kajian mendapati bahawa teknik menggunakan lagu atau muzik dapat memeri kesan positif terhadap pembelajaran. Ia boleh digunakan sejak anak anak kecil untuk memupuk perasaan seronok menghafal dan memberi tanggapan bahawa sifir bukanlah sesuatu yang susah untuk dihafal. Tambahan pula, lagu kanak-kanak pada masa kini agak ‘catchy’. Jadi, ibu bapa boleh memilih lagu kesukaan anak anak dan ubah mengikut kesesusain.

cara hafal sifir dengan mudah dan cepat

5. Tanya secara rawak

Apabila anak sudah boleh mengafal dengan baik, ibu bapa boleh mula bertanya soalan sifir secara rawak. Aktiviti ini akan melatih otak mereka untuk memproses apa yang telah dihafalnya. Lama-kelamaan, anak akan terbiasa dan tidak perlu ‘struggle’ untuk mengingati jawapan sifir.

6. Buat latihan

Setelah mendapati bahawa anak sudah semakin mahir dan menghafal beberapa sifir, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menyediakan beberapa soalan sifir untuk dijawab anak. Berikan masa menjawab untuk melatih anak anda menjadi lebih cekap dengan nombor.

cara hafal dan ingat sifir dengan mudah

7. Sambung hafal sifir

Jika anak anda sudah mahir dengan sifir mudah, teruskan hafal sifir yang agak sukar sedikit. Lama-kelamaan, otak akan menjadi lebih cekap dan ibu digalakkan memberi pujian setelah anak menghabiskan hafalan.

8.Menggunakan Jari

Teknik menggunakan jari ini dapat membantu anak anda mencongak sifir-sifir tertentu. Teknik ini mudah. Namun, anak anda memerlukan kemahiran asas menambah yang baik.

cara ingat dan hafal sifir

Kesimpulan

Sebenarnya terlalu banyak teknik untuk menghafal sifir. Walau apa pun, jangan terlampau mendesak anak untuk hafal dalam masa yang singkat. Berikan mereka masa dan peluang untuk pilih kaedah mana yang selesa untuk mereka gunakan. Jika anak anda seorang pelajar yang lemah dan perlukan bimbingan khusus, boleh lah mencuba tuisyen peribadi secara 1-on-1 kerana kaedah pembelajaran akan dibentuk oleh tutor dengan teliti mengikut tahap kemampuan anak anda.