anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka antara yang ketinggalan? Sebenarnya tak perlu tunggu hari terbuka untuk mengetahui sama ada anak anda ketinggalan atau tidak. Berikut adalah tanda-tanda yang anda perlu kenalpasti terhadap anak anda.

1. Mengelak bersembang tentang sekolah

Sekiranya anda perasan jika anak anda sudah mula berhenti bercerita tentang perihal di sekolah atau apa yang mereka pelajari, itu sahaja boleh dianggap sebagai isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Selain itu, anda juga boleh mencuba bertanya tentang sekolah kepada anak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang lemah atau ketinggalan akan menunjukkan ketidakselesaan seperti bercakap dengan tidak jelas, berlari kesana sini atau tiba-tiba buat kerja lain untuk mengelak dari topik.

2. Perubahan sikap

Adakah anak anda bersikap menjauhkan diri, kelihatan gelisah atau menunjukkan perubahan emosi yang ketara? Perubahan kecil seperti kebosanan, keletihan, stres atau salah laku di sekolah boleh menjadi tanda-tanda bahawa anak anda sedang menghadapi kesulitan.

Rasa bosan, letih atau malas terhasil daripada kurang kefahaman ketika berada di kelas. Jika diletak dalam perspektif orang dewasa — bayangkan kita sedang menonton sebuah rancangan dalam bahasa asing yang kita sendiri tidak faham, tentu kita juga akan rasa amat bosan.

Salah laku juga menandakan anak anda perlukan perhatian daripada ibu bapa dan guru kerana mereka tidak faham apa yang dipelajari dan tidak dapat menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan.

3. Sukar tidur atau makan

Kerisauan seringkali mengundang masalah tidur atau makan. Kebimbangan itu terhasil kerana anak itu sendiri sedar bahawa mereka lemah dalam pelajaran terutama sekali anak-anak yang sudah meingkat remaja kerana mereka sedar betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan.

4. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja sekolah

Sila cakna dengan masa yang diluangkan anak anda untuk menyiapkan kerja sekolah. Betul, masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan berbeza mengikut subjek dan bergantung kepada tahap pelajar.

Namun, penting untuk ibu bapa ambil tahu berapa banyakkah kerja sekolah yang diberi oleh guru. Jika masa yang digunakan anak banyak dihabiskan untuk menyiapkan kerja sekolah, tanya kepada anak samada mereka sedang mengalami sebarang masalah atau tidak. Berkemungkinan motivasi mereka sudah merudum.

5. Hilang Minat

Perubahan besar seperti hilang minat secara tiba-tiba terhadap aktiviti yang pernah mereka enjoy juga menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dia sekolah. Selain itu, perhatikan dengan siapa anak anda berkawan. Adakah mereka berseorangan di kelas atau ada teman untuk bermain? Sekiranya dia dipulaukan dari kumpulan rakan-rakannya, ia petanda besar bahawa mereka kurang keyakinan diri.

6. Guru Menyatakan kebimbangan

Sebenarnya mudah untuk tidak hiraukan apa yang diceritakan guru lebih-lebih lagi apa yang diberitahu itu berbeza dengan apa yang anda selalu lihat pada anak anda. Tetapi, harus diingatkan bahawa guru anak anda mengajar sekumpulan pelajar menggunakan bahan dan kaedah pelajaran yang sama serta mampu melihat progres setiap pelajar dengan baik.

Jadi, ambil serius dengan apa yang disampaikan oleh guru dan usahakan sesuatu untuk pastikan anak anda kembali menunjukkan peningkatan. Walau apa pun, hanya anda sahaja yang paling mengenali anak anda dan tahu apa yang terbaik untuk mereka.

7. Gred rendah walaupun banyak masa habis untuk belajar

Walaupun ini boleh menjadi petanda yang paling jelas, kebanyakan ibu bapa menganggap gred rendah berpunca daripada kurang usaha atau anak masih tidak memahami kepentingan pendidikan dalam hidup dan berharap keadaan akan berubah apabila anak semakin membesar.

Tidak dinafikan, ibu bapa sentiasa bertanggapan positif terhadap anak tetapi perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Walaupun gred rendah itu tidak menggambarkan kegagalan seseorang namun, kaedah penskoran ini digunakan untuk menguji tahap pemahaman anak anda dalam pelajaran.

Kesimpulan

Sekiranya anak anda sedang mengalami kesulitan, jangan risau. Terdapat banyak cara untuk bantu mereka mencapai pemahaman yang lebih mantap dan berkesan. Salah satunya kaedah belajar dengan tutor peribadi secara 1-on-1. Berkemungkinan anak anda tidak dapat mengikuti pelajaran beramai-ramai. 

Dengan tutor peribadi, anak anda diberi perhatian khusus dan akan dibimbing mengikut pace mereka sendiri sehingga mereka dapat menggarap sesebuah topik dengan baik. Buat lah pelaburan pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak anda.

Terbaru

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →

Cara Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan

Siapa yang tak pernah menghadapi masalah apabila melakukan kerja berkumpulan? Boleh dikatakan semua …

Baca Selanjutnya →
apparatus in a lab

Skor A+ Subjek Kimia Dalam SPM Dengan Tips Ini

Subjek Kimia antara subjek yang digeruni pelajar sains tulen kerana dikatakan susah untuk …

Baca Selanjutnya →
cikgu gembira mengajar di kelas online

PdPR – Cara Tarik Minat Pelajar Di Waktu Pandemik Covid-19

Tahun ini merupakan tahun kedua guru menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah …

Baca Selanjutnya →

Tips Persediaan Peperiksaan Yang Ramai Tahu Tapi Malas Buat

Peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sudah pasti mencemaskan para …

Baca Selanjutnya →