7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan umur. Jika dulu, ramai ibu bapa gemar melanggan buku untuk anak tetapi senario itu sudah semakin jarang dilihat. Perkara ini amat membimbangkan.

Sebenarnya banyak kelebihan membaca bagi kanak-kanak. Membaca akan melahirkan individu yang progresif dan berdaya saing.

Membaca Mengembangkan Pengetahuan

Anda mungkin sudah biasa dengar pepatah ini, “ilmu adalah pelita hidup”. Membaca akan mengisi minda anak kita dengan pelbagai ilmu dan informasi di mana ia akan buat hidup mereka lebih sempurna kerana orang yang berilmu akan terus maju kehadapan disamping mempertingkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, dengan ilmu jugalah anak kita akan dapat belajar mengelak daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada masa hadapan.

Meningkatkan Fokus dan Tumpuan

Semasa membaca, anak akan berada dalam dunia mereka sendiri kerana perhatian akan diberikan sepenuhnya kepada apa yang dibaca seterusnya akan meningkatkan tahap fokus dan tumpuan terhadap sesuatu perkara. Apabila fokus, mereka akan kekal tenang ketika menghadapi sebarang masalah atau situasi. Tidak perlu lama, luangkan masa membaca bersama-sama selama 15-20 minit sehari untuk meningkatkan dan fokus.

Penguasaan Bahasa Yang Lebih Tinggi

Tidak kisah lah bahasa inggeris atau apa pun, dengan membaca, anak kita akan jumpa banyak perkataan yang kita sendiri tidak pernah dengar sebelum ini. Lama-kelamaan, mereka akan semakin terbiasa dengan perkataan kompleks dan secara tidak langsung, membaca dapat mengembangkan lagi perbendaharaan kata dan tatabahasa.

Mengurangkan Stres

Membaca boleh dikatakan aktiviti yang dapat memberi ruang kepada anak untuk lepaskan diri daripada situasi stress atau tertekan buat sementara waktu.

Mendorong Daya Imaginasi

Semasa menonton filem, kita tidak akan sempat untuk berfikir. Namun apabila membaca, dunia menjadi tanpa batas dan kita boleh olah apa yang dibaca itu mengikut imaginasi mereka sendiri lebih-lebih lagi apabila membaca buku fiksyen.

Senaman Untuk Minda

Sama seperti otot lain, otak juga memerlukan senaman untuk menjadikannya lebih sihat. Membaca sebenarnya merupakan aktiviti yang lebih kompleks untuk otak berbanding aktiviti menonton televisyen kerana anak perlu menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir.

Membentuk Kecerdasan Emosi

Menurut Daniel Goleman di dalam bukunya, Emotional Intelligence, bahawa faktor utama kepada kejayaan seseorang individu bergantung pada tahap kecerdasan emosi seseorang. Contohnya, membaca buku fiksyen memberi ruang kepada anak untuk meneroka kehidupan setiap watak. Maka, ia akan meningkatkan rasa empati dah kebolehan kita untuk meletakkan diri di dalam situasi orang lain.

Kesimpulannya, budaya membaca memberi banyak faedah kepada anak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memupuk amalan membaca sejak anak-anak kecil lagi. Sekiranya ibu bapa mengalami kekangan masa, apa yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak adalah dengan mencuba kaedah home tuition di mana tutor akan hadir ke rumah untuk mengajar anak anda secara 1-to-1. Melalui kemahiran membaca, anak kita mampu bersaing dan berpotensi menjadi seorang yang hebat. Jadi, marilah menerapkan budaya membaca dalam diri kita, keluarga dan masyarakat.

“Bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri” — Confucius

Terbaru

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →