Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila masa, nota secara tidak langsung membantu dalam pemahaman dan memastikan maklumat yang anda tulis kekal didalam memori.
Namun, jika nota anda comot, tidak teratur dan tidak jelas dengan sekali pandang, bermakna anda tidak akan dapat menggunakan nota tersebut sepenuhnya. Ia tiada kena mengena dengan kekemasan tulisan anda tetapi bagaimana anda menyusun nota-nota tersebut.
Dalam post kali ini, kami akan kongsikan beberapa teknik popular mencatat nota yang efektif.
Teknik Cornell
Teknik ini membantu menyusun nota-nota dalam bentuk yang rumusan yang mudah difahami. Teknik ini dikatakan efektif kerana kata kunci, penerangan, contoh dan rumusan berada dalam satu tempat atau kertas.
Kelebihan
- Nota kelihatan lebih ringkas, kemas dan mudah untuk dirujuk ketika ulangkaji.
- Memudahkan anda untuk memahami isi-isi penting dan konsep topik yang dipelajari.
Bagaimana?
Bahagikan kertas kepada 3 bahagian :
- Kata kunci
- Penerangan
- Rumusan
Untuk pembelajaran lebih efektif, anda boleh catat nota sebelum kelas bermula dan tambah penerangan dan huraian semasa atau selepas kelas selesai.
Teknik Peta Minda (Mapping)
Teknik ini memerlukan anda mencatat nota dengan bantuan visual dan teks yang ringkas. Kaedah ini berguna untuk belajar mengenai hubungan antara topik.
Kelebihan
- Berguna untuk pelajar yang lebih gemarkan pembelajaran visual berbanding nota yang sarat dengan tulisan.
- Membantu dalam penghafalan dan menghubungkaitkan antara topik.
- Boleh dikemaskan dengan tambahan warna-warna yang menarik.
Bagaimana?
Setiap helaian disusun mengikut topik.
- Mulakan peta minda dengan topik utama
- Kembangkan topik utama dengan menulis tajuk subtopik
- Tulis maklumat penting dibawah setiap subtopik
Teknik Outline
Teknik Outlune menggunakan tajuk besar, subtopik, titik bulet atau nombor dalam mencatat nota. Teknik isi sesuai digunakan ketika belajar mengenai topik yang penuh dengan penerangan terperinci.
Kelebihan
- Nota menjadi kemas dan teratur
- Mudah untuk melihat pertalian atau hubungkait antara topik dan subtopik.
Bagaimana?
- Setiap bahagian dimulakan dengan tajuk besar.
- Setiap subtopik dan huraian ditulis dibawahnya.
Teknik Lajur
Nota dicatat menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini membentangkan maklumat tentang topik berdasarkan kategori. Amat sesuai digunakan untuk subjek Sains, Kimia dan Biologi.
Kelebihan
Mudah untuk dirujuk ketika ulangkaji.
Bagaimana?
- Bahagikan kertas dengan 2 kolum — kecil dan besar
- Isi kolum kecil dengan tajuk besar atau subtopik
- Isi kolum besar dengan huraian dan penjelasan kepada tajuk besar atau subtopik
Kesimpulan
Kesimpulannya, banyak teknik yang pelajar boleh guna untuk mencatat nota. Namun, harus difahami bahawa ianya memerlukan skil. Setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan sesuatu. Apa yang berkesan untuk orang lain, mungkin tidak berkesan untuk orang lain. Jadi, banyakkan mencatat nota, bereksperimen dengan pelbagai teknik dan lihat teknik mana yang paling efektif untuk anda.
Selamat mencuba!
Terbaru
Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?
Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …
7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah
Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …
Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!
Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …
Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar
Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …
Cara Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan
Siapa yang tak pernah menghadapi masalah apabila melakukan kerja berkumpulan? Boleh dikatakan semua …
Skor A+ Subjek Kimia Dalam SPM Dengan Tips Ini
Subjek Kimia antara subjek yang digeruni pelajar sains tulen kerana dikatakan susah untuk …
PdPR – Cara Tarik Minat Pelajar Di Waktu Pandemik Covid-19
Tahun ini merupakan tahun kedua guru menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah …
Tips Persediaan Peperiksaan Yang Ramai Tahu Tapi Malas Buat
Peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sudah pasti mencemaskan para …