fbpx

5 Gaya Belajar – Yang Mana Satu Gaya Belajar Anak Anda?

Setiap pelajar itu unik, dan begitulah juga cara mereka belajar. Anak-anak sebenarnya dapat pelajari sesuatu perkara dalam pelbagai kaedah atau cara namun, hanya satu kaedah sahaja yang boleh guru gunakan di dalam bilik darjah akibat kekangan masa. Sekiranya seseorang pelajar tahu cara terbaik untuk mereka fahami dan ingati perkara baru, pelajar seperti ini akan lebih menunjukkan minat dalam pembelajaran dan mencapai potensi mereka dalam jangka masa panjang.

Adakah anda tahu gaya belajar anak anda?

Visual

cara belajar pelajar visual
Sumber: Pinterest

Pelajar visual memahami sesuatu perkara dengan melihat. Jika mereka dapat menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk gambar rajah, ilustrasi atau peta minda, maka ia dapat membantu mereka mengingati topik yang dipelajari termasuklah topik yang rumit.

Verbal

Jika anak anda belajar sambil membaca dengan kuat, mereka mungkin tergolong dalam kumpulan ini. Sebagai contoh, apabila tiba musim ujian atau ulangkaji, mereka boleh menghafal fakta-fakta dengan penggunaan akronim, mneumonik dan sebagainya. Ada juga yang menerangkan semula topik yang dipelajari untuk faham dengan lebih lagi.

Kinestetik

cara belajar pelajar kinestetik

Pelajar yang selesa dengan gaya ini agak sukar untuk belajar sambil duduk tanpa berbuat apa-apa aktiviti. Ini kerana mereka akan hilang konsentrasi jika tiada pergerakan. Menulis nota, membuat flashcard, menjalankan eksperimen atau highlight isi penting dengan warna yang berbeza-beza dapat membantu mereka merangsang memori dengan lebih baik.

Auditori

cara belajar pelajar auditory

Jika anak anda belajar dengan cara mendengar, boleh jadi mereka ini pelajar auditori. Pelajar dengan gaya auditori ini dapat menyesuaikan diri dalam pembelajaran di dalam kelas, melalui buku audio atau pun video di Youtube. Terdapat juga pelajar yang suka bercakap dan terangkan kepada diri sendiri. Dengan cara ini, ia dapat membantu untuk mengingati sesuatu maklumat.

Logikal

teknik belajar pelajar logikal

Untuk pelajar yang menggunakan gaya belajar logikal, mereka mempunyai sistem tersendiri dalam menyusun maklumat yang mereka terima. Kelebihan pelajar seperti ini adalah mereka mudah nampak suatu bentuk pola atau keberkaitan antara maklumat. Kebiasaannya, pelajar seperti ini suka akan subjek yang bersifat problem solving seperti matematik.

Kebanyakan pelajar menggabungkan beberapa gaya dan ada juga yang bertukar-tukar gaya mengikut mood. Walau apa pun gaya yang digunapakai oleh anak anda, ia akan mendorong mereka melakukan yang terbaik dalam pelajaran. Di SifuTutor, anak anda boleh menjalani kelas one-to-one mengikut gaya pembelajaran mereka sendiri dan bebas bertanya sehingga faham. Klik di sini untuk mencari tutor atau WhatsApp salah seorang team kami.

Terbaru

Tanda-Tanda Mental Breakdown & Cara Mengatasinya

Mengikut Healthline, terma nervous atau mental breakdown ini secara umumnya adalah tekanan perasaan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Cipta Suasana Belajar Untuk Anak-Anak Di Rumah Pada Musim Pandemik?

Walaupun sekolah akan dibuka semula dan beberapa peperiksaan dibatalkan, memiliki suasana yang mesra-belajar …

Baca Selanjutnya →

5 Gaya Belajar – Yang Mana Satu Gaya Belajar Anak Anda?

Setiap pelajar itu unik, dan begitulah juga cara mereka belajar. Anak-anak sebenarnya dapat …

Baca Selanjutnya →

3 Masalah Yang Anak Anda Boleh Elak Dengan Kaedah Tuisyen Online

Sekiranya anak anda memerlukan bantuan dalam matapelajaran sekolah, tuisyen persendirian one-to-one adalah kaedah …

Baca Selanjutnya →

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →