4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan dan kehilangan sumber pendapatan ekoran dibuang kerja dan sebab-sebab yang lain.

Kali ini kami akan berkongsi 4 pekerjaan yang boleh dilakukan untuk jana pendapatan sampingan sementara anda mencari pekerjaan yang baru.

Tetapi, sebelum anda mendaftar atau mula, pastikan :

  • Sesebuah syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dapatkan nombor pendaftaran syarikat dan semak di sini.
  • Jangan terus percaya dengan iklan yang anda lihat. Zaman sekarang ramai scammer yang mencari mangsa lebih-lebih lagi mangsa yang sedang terdesak memerlukan pendapatan. Selidik terlebih dahulu untuk elak daripada ditipu.

Freelance

Freelance atau berkerja sendiri di mana anda menawarkan servis kemahiran anda dan menerima bayaran daripada servis tersebut. Banyak kemahiran boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Antaranya, kemahiran mengambil gambar produk, menterjemah, penulisan konten, menjahit, seni grafik, seni digital dan macam-macam lagi. 

Berikut adalah beberapa laman web yang anda boleh manfaatkan untuk mencari kerja sampingan dalam talian : 

Sekiranya pelanggan anda suka dengan khidmat anda, sudah pasti mereka akan cari anda lagi di masa hadapan! Tidak mustahil, mereka juga akan menyesyorkan servis anda kepada rakan-rakan mereka.

Tutor

Permintaan bagi perkhidmatan tutor sudah semakin popular dalam kalangan ibu bapa Malaysia. Tambahan pula, penutupan sekolah yang tidak menentu sejak pandemik bermula pada 2020 meningkatkan lagi kebimbangan ibu bapa terhadap prestasi pelajaran anak-anak mereka.

Sekiranya anda mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus atau mahir dalam subjek yang tertentu, eloklah mencuba. Ramai yang mula sebagai tutor sambilan, tetapi disebabkan dapat menjana pendapatan yang lumayan dengan jumlah jam mengajar yang sederhana, maka, pekerjaan sebagai tutor dijadikan sebagai karier sepenuh masa.

Sebagai contoh, SifuTutor menyedikan platform untuk tutor mencari pelajar yang memerlukan khidmat tutor peribadi sama ada tuisyen secara fizikal, mahupun online. Platform ini telah dimanfaatkan oleh lebih 10,000 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tutor di platform ini mampu menjana sehingga RM5,000 sebulan.

Menjual barang-barang terpakai

Mustahil anda menggunakan semua barangan yang ada dirumah. Bukan sahaja barang terpakai, tetapi pakaian, bahan bacaan dan macam-macam lagi. Cuma harus dipastikan bahawa item yang ingin dijual itu masih berada dalam keadaan yang baik.

Tidak perlu pening kepala, jual sahaja online. Dah dapat pembeli, terus pos! Contoh platform yang menyediakan ruangan untuk menjual barangan terpakai adalah :

E-Hailing/P-Hailing

Umum mengetahui bahawa generasi muda khususnya, amat bergantung kepada kaedah perkhidmatan ini dan ianya digunakan secara meluas diseluruh negara. Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri dan suka pekerjaan yang memerlukan pergerakan yang banyak, maka e-hailing dan p-hailing ini amat sesuai untuk dicuba. Waktu berkerja juga fleksibel mengikut masa anda.

Banyak platform yang anda boleh terokai, antaranya:

Kesimpulan

Bagi yang terkesan dalam situasi kritikal ini, bolehlah mencuba beberapa pilihan pekerjaan yang disenaraikan tadi. Sebaiknya, kaji dahulu dan buat pilihan yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan sendiri dan yang paling penting, ia bergantung kepada usaha sendiri serta tahap kesabaran untuk menghadapinya. Semoga artikel ini memberi anda idea untuk membuka langkah dalam menjana pendapatan sampingan.

Terbaru

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Tutor Peribadi Boleh Memberi Manfaat Kepada Anak Anda?

Belakangan ini, permintaan terhadap tutor peribadi semakin meningkat di Malaysia kerana ramai ibu …

Baca Selanjutnya →
anak murid yang buntu di kelas akibat ketinggalan dalam matapelajaran

7 Tanda-tanda Anak Anda Ketinggalan Di Sekolah

Bagaimana prestasi anak anda di sekolah? Bolehkah mereka follow pace pembelajaran atau mereka …

Baca Selanjutnya →

Stress belajar? Cuba 8 Cara Tangani Stress Yang Mudah ini!

Kehidupan sebagai seorang pelajar boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan dalam masa …

Baca Selanjutnya →

Teknik Mencatat Nota Ini Menguatkan Daya Ingatan Pelajar

Nota tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seorang pelajar. Selain untuk rujukan pada bila-bila …

Baca Selanjutnya →