fbpx

3 Masalah Yang Anak Anda Boleh Elak Dengan Kaedah Tuisyen Online

Sekiranya anak anda memerlukan bantuan dalam matapelajaran sekolah, tuisyen persendirian one-to-one adalah kaedah yang paling efektif untuk memantapkan penguasaan akademik. Namun, untuk mencari tutor yang terbaik bukannya mudah. Kadang-kadang tutor dah dijumpai tapi tinggal di kawasan yang jauh pula. Bila jarak antara tutor dan pelajar jauh, sudah tentu ia akan mempengaruhi yuran tuisyen.

Jadi, sebab itu wujudnya entiti seperti SifuTutor yang menyediakan khidmat tuisyen peribadi bersama dengan tutor terbaik dan anak anda pasti akan lebih bersemangat untuk belajar. Betul, anak anda juga ada menjalani PdPR tetapi mustahil untuk guru fokus pada anak anda seorang di dalam kelas yang ramai pelajar dengan masa yang sangat terhad.

Mujur di Malaysia, kaedah tuisyen online ini semakin diterima ramai ibu bapa kerana ia benar-benar membuahkan hasil. Kali ini kami akan kongsikan 3 masalah yang boleh diselesaikan dengan kaedah tuisyen secara online.

1. Kurangkan Pergerakan Dari Satu Tempat ke Tempat Lain

Walaupun anak menjalani PdPR, ia tidak bermakna mereka tidak akan merasa letih kerana kelas PdPR juga dijalankan berturut-turut sepanjang hari. Sudah lah letih, kena bersiap pula pergi ke pusat tuisyen atau rumah tutor. Tambah melecehkan jika ibu bapa perlu menempuh trafik sesak yang sudah semestinya mengganggu jadual kelas, waktu makan & waktu tidur kedua-dua pihak.

Dengan online tuition, tiada siapa yang akan membazir tenaga & masa di atas jalanraya. Anak anda boleh hadir ke kelas maya pada waktu yang tepat dan menumpukan perhatian pada kelasnya sama ada di bilik, di meja makan dan terus berehat selepas kelas tamat. Perkara seperti ini nampak kecil di mata tetapi sebenarnya ia dapat mengelakkan anak anda daripada hilang semangat untuk belajar. Anak gembira = Keluarga bahagia!

2. Malu Bertanya

Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila pelajar pura-pura faham hanya semata untuk mengelak daripada rasa malu. Banyak punca yang menyebabkan situasi ini. Antaranya, takut diejek rakan-rakan, takut kelihatan seperti tidak bijak dan ada juga yang tidak reti menyusun ayat untuk bertanya soalan. Ada juga situasi di mana pelajar hendak bertanya soalan, kelas pula sudah tamat. Jika jurang ini tidak dikesan dan diambil-maklum, maka ia akan menggugat keyakinan pelajar itu dalam jangka masa panjang.

Di SifuTutor, semua tutor kami tergolong daripada kalangan graduan universiti. Mereka juga pernah menjadi pelajar suatu ketika dahulu. Jadi kami pasti bahawa kelas tuisyen yang mereka kendalikan akan membuat anak anda belajar dalam suasana yang sangat selesa. Jurang umur antara pelajar dan tutor juga tidak jauh, sedikit sebanyak akan membantu anak anda untuk tidak berasa malu bertanya dan terus bertanya sehingga mereka faham.

3. Kesulitan mencari tutor berdekatan

Kesulitan ini sudah tentu berat kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan untuk mencari tutor yang sudi ke rumah anda pastinya sukar. Tetapi tidak kurang juga yang tinggal di bandar. Walaupun ada tutor berdekatan tetapi mungkin mereka bukanlah tutor subjek yang anda cari untuk anak.

Dengan tuisyen online SifuTutor, tidak kisah lah anda berada di mana sekali pun, anda masih boleh memilih tutor yang terbaik untuk membimbing anak anda. Asalkan, lokasi anda mempunyai capaian internet. Malah, sesi tuisyen anak boleh diadakan di mana-mana sahaja walaupun anda dan keluarga sedang bercuti di dalam mahupun luar negara.

PKP pula tidak menampakkan penghujungnya. Pada saat-saat begini, pelajaran  perlu diletakkan sebagai prioriti untuk mengelakkan anak kita tercicir dan ketinggalan.  Sesi tuisyen online di SifuTutor bermula dari kadar RM25/jam walau di mana anda berada. Daftarkan anak anda agar mereka dapat mengelak daripada masalah-masalah yang kami sebutkan di atas hari ini!

Terbaru

Tanda-Tanda Mental Breakdown & Cara Mengatasinya

Mengikut Healthline, terma nervous atau mental breakdown ini secara umumnya adalah tekanan perasaan …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Cipta Suasana Belajar Untuk Anak-Anak Di Rumah Pada Musim Pandemik?

Walaupun sekolah akan dibuka semula dan beberapa peperiksaan dibatalkan, memiliki suasana yang mesra-belajar …

Baca Selanjutnya →

5 Gaya Belajar – Yang Mana Satu Gaya Belajar Anak Anda?

Setiap pelajar itu unik, dan begitulah juga cara mereka belajar. Anak-anak sebenarnya dapat …

Baca Selanjutnya →

3 Masalah Yang Anak Anda Boleh Elak Dengan Kaedah Tuisyen Online

Sekiranya anak anda memerlukan bantuan dalam matapelajaran sekolah, tuisyen persendirian one-to-one adalah kaedah …

Baca Selanjutnya →

4 Kerja Yang Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Pada Musim Pandemik

Sekali lagi Malaysia menjalani lockdown bagi menangani wabak Covid-19 yang semaking mengganas. Tidak …

Baca Selanjutnya →

7 Perkara Ini Akan Terjadi Kepada Anak Yang Membaca

Pada zaman kecanggihan teknologi hari ini, minat membaca semakin tenggelam dalam semua lapisan …

Baca Selanjutnya →

Apa Itu ‘Tongue Twister’ & Apakah Kelebihannya?

Apa Itu ‘Tongue Twister’? Tongue twister atau dalam Bahasa Melayu, pelincah lidah, adalah …

Baca Selanjutnya →

Bagaimana Untuk Memperbaiki Sebutan Dalam Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang popular dan juga bahasa rasmi antarabangsa bagi kebanyakan …

Baca Selanjutnya →